Wednesday, May 11, 2011

TERBAKAR

Ni berlaku kat pondok rukun tetangga Taman Merak,kawasan perumahan yang sya duduk ni .Tak tau la pulak apa punca kejadian,tengok bekas kebakaran ni pun masa nak antar anak ke taski,

ni gambar ambik dari jauh,memang tak perasan tau

ni gambar dari dekat

KERETA BERASAP

Ni kisah jumaat lepas,on the way nak balik kampung la,nak singgah klinik dulu bawak si kecik sebab demam n muntah2 macamna la sya bleh tak perasan yang kipas aircon tak berfungsi,patut la panas semacam jer bila pasang aircon.
Si kakak ada la bagi tau kereta kita bunyi pelik la ibu,tapi sya buat tak tahu je,siap cakap kat kakak cuaca panas sebab tu aircon tak berapa nak sejuk.Yang bole perasankereta berasap bila ada sorang pak cik tu bagi tau kereta sya berasap pa lagi panic la.Tak berani nak bukak but depan kereta coz dok suspect radiator bocor.
Call adik ipar datang.Sya tunggu sampai dia datang,sambil tu bawa si kecil jumpa doktor jugak.Biasa la orang pompuan mana la mahir pasal bab2 kereta ni kan,tahu bawa ja.Nasib baik tak da apa2.

Tuesday, May 10, 2011

MAKAN -MAKAN

Dah lepas waktu makan ni,sya yakin ramai yang dah makan kan,pada yang belum makan tu selamat menjamu selera,jom tengok picture makan malam semalam.


My hubby tiba2 jer bermurah hati nak belanja mak n ayah dia makan2 so kitaorang pergi makan la kat kedai kawan bapa mertua sya.

tak ramai lagi yang datang masa ni

suasana kedai

milo ais for me n si kecik

ayam goreng bersos kicap pedas for abang n kakak

telur dadar n sotong goreng tepung

sup daging,ada lagi yang tak snap picture tu kailan ikan masin,tak sempat nak amk gambar dah masing2 dak kelaparan tahap terlampau.


Sedap jugak makan kat sini,harga pun berpatutan,bayangkan4 orang dewasa n 4 orang kanak2 makan  harga nya baru rm41.50.Menu yang kitaorang oder tadi,kailan ikan masin,sup daging,ayam goreng,sotong goreng tepung,telur dadar,daging masak pedas,milo ais 3 gelas,teh panas 2 gelas,1 kopi n sirap.Murah kan?len kali ble datang lagi

takziah

takziah untuk keluarga mangsa air terjun ulu bendul yang kehilangan anak2,menyayat hati tau dengar berita ni,apatah lagi mayat si bongsu  masih belum di temui,kesian kan,orang lain bertuah menyambut hari ibu dengan keluarga dan anak2 mesti si ibu bersedih menunggu jasad si kecil yang belum di temui,semoga ibu mereka tabah,sebak juga hati bila mengenangkan hibanya hati si ibu menghadapi kehilangan anak tersayang,bukan satu,tapi  tiga orang sekali gus.
Fenomena ni berlaku sebab kepala air yang datang lepas hujan,ntah la sya pun tak berapa tahu macamna kepala air tu,tapi ada la google jugak cari,baru la tahu betapa derasnya air yang datang dari atas bukit yang di panggil kepala air tu,dasyat tau,kita yang tengok pun takut,ini kan pula yang pernah menghadapinya
ini gambar yang sya dapat dari google,tengok la sebelum n selepas kepala air tu datang,huhu besarkan airnya

sesiapa yang nak bawa family beriadah kawasan air terjun,sila berhati-hati  yer,semoga semuanya selamat,ada juga terbaca dari beberapa blog tadi,tanda2 kepala air datang tu,ranting2 yang di hanyutkan dari atas bukit,batu2 yang kita pijak akan bergegar,arus lebih deras dari biasa,bunyyi ngauman yang kuat,itu lah yang sya baca tadi.so berhati-hati la.jangan sebab kita nak happy2 terus jadi tragedi.