Tuesday, May 10, 2011

takziah

takziah untuk keluarga mangsa air terjun ulu bendul yang kehilangan anak2,menyayat hati tau dengar berita ni,apatah lagi mayat si bongsu  masih belum di temui,kesian kan,orang lain bertuah menyambut hari ibu dengan keluarga dan anak2 mesti si ibu bersedih menunggu jasad si kecil yang belum di temui,semoga ibu mereka tabah,sebak juga hati bila mengenangkan hibanya hati si ibu menghadapi kehilangan anak tersayang,bukan satu,tapi  tiga orang sekali gus.
Fenomena ni berlaku sebab kepala air yang datang lepas hujan,ntah la sya pun tak berapa tahu macamna kepala air tu,tapi ada la google jugak cari,baru la tahu betapa derasnya air yang datang dari atas bukit yang di panggil kepala air tu,dasyat tau,kita yang tengok pun takut,ini kan pula yang pernah menghadapinya
ini gambar yang sya dapat dari google,tengok la sebelum n selepas kepala air tu datang,huhu besarkan airnya

sesiapa yang nak bawa family beriadah kawasan air terjun,sila berhati-hati  yer,semoga semuanya selamat,ada juga terbaca dari beberapa blog tadi,tanda2 kepala air datang tu,ranting2 yang di hanyutkan dari atas bukit,batu2 yang kita pijak akan bergegar,arus lebih deras dari biasa,bunyyi ngauman yang kuat,itu lah yang sya baca tadi.so berhati-hati la.jangan sebab kita nak happy2 terus jadi tragedi.

No comments: