Friday, January 27, 2012
Thursday, January 26, 2012
TANPA GAMBAR
My sweetheart lapy rosak,huhu sekarang ni nak buat entry tak ada gambar,sebab tu lama menyepi dari entry,ni update pakai pc jer.Pc pun ok masalahnya,syik berebut dengan anak-anak ja,sebab pc ni just for dorang main game.
Dapatlah update sikit-sikit bila dorang pergi sekolah,masalahnya tak ada gambar nak publish,semua gambar ada dalam lappy.Sya dah hantar repair dah,tapi ambik masa dua minggu jugak nak siapkan.huhuhu.
Cepat-cepat lah sikit siapnya lappy kesayangan sya tu.huhuhu.hidup sepi tanpa lappy.chewahh ayat jiwang.
TIPS ATASI RASA MUAL WAKTU SARAPAN UNTUK PREGNANT WOMEN
Lately ni,banyak kawan-kawan blogger yang tengah preggy sekarang ni,alhamdulillah rezeki,sya seronok sangat dan tumpang happy untuk kawan-kawan semua.Disini sya nak kongsikan tips-tips atasi rasa mual waktu sarapan untuk pregnant women.Yang tak preggy pun boleh ikut jugak,mana la tahu kalau-kalau ada yang mual waktu sarapan.
-Pilih menu yang tidak mendatangkkan mual,misalnya jangan terlalu manis,bersantan,berminyak,dan sebagainya.
-Hindari makanan yang berkalori tinggi ,ia akan membuatkan perut mudah sebu.
-Hindari makanan yang berkuah,makanlah makanan yang kering,ringan dan menyegarkan,misalnya biskut kering dan buah-buahan kering.
-Bagi yamg tidak suka minum susu,boleh mengubah menu susu menjadi puding,atau sebagainya,ianya penting,asalkan keperluan nutrisi wanita hamil di penuhi.
-Makan sedikit demi sedikit tapi kerap,hindari kopi dan krimer,sebaliknya gantikan dengan teh panas beraroma segar seperti teh pudina.
Wednesday, January 25, 2012
KHASIAT TEMPE
Tempe sekarang ini bukan sahaja menjadi kegemaran orang Jawa, tetapi ia telah menjadi makanan kegemaran semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama.
Tempe telah diketahui umum memang kaya dengan pelbagai khasiat. Sepotong tempe mengandungi banyak zat seperti karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin B12, enzim serta komponen antibakteria yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh manusia.
Tempe juga dipercayai dapat mencegah penyakit anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Ini adalah kerana tempe mengandungi zat besi yang sangat diperlukan dalam pembentukan sel darah merah.
Di samping itu tempe juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Pengambilan sumber kacang soya sebanyak 25 gram sehari dari pelbagai sumber termasuk tempe dapat membantu mengurangkan kolesterol darah.

Subscribe to:
Posts (Atom)