Friday, January 6, 2012

BANJIR KILAT KAT RUMAH MAK

Hari jumaat hari tu habis jer suaikenal sekolah anak,sya terus balik rumah mak sya,rindu kat mak,padahal sebelum ni dah balik pun.sampai-sampai je hujan turun punya la lebat,dekat satu jam setengah jugak hujan lebat,rumah mak sya dah di masuki air,tapi bukan banjir yang betul-betul pun banjir kilat.

Anak-anak la yang paling best dok main air maklum la tak pernah alami banjir lagi.jom tengok pic yang sya sempat snap,selebihnya sibuk timba air keluar,heheeh
anak sya yang kecik tengah menyapu air,dia la orang paling best

pukat dan jala ayah sya habis di tenggelami air banjir

basikal si kecik di berada dalam air,time ni dia sibuk nak alihkan basikal dia

cer tengok baldi terapung-apung di bawa air,anak sya kata ada hantu bawa hehehe

best sangat si kecik main air dengan kakak dan ucunya,kat tempat letak kereta masa ni,di tenggelami air,terpaksa alihkan kereta ke tempat tinggi

tok,ucu dan kakak sibuk timba air banjir yang masuk dalam rumah,sya?tolong tengok jer kekekek

Ni la kali pertama air masuk dalam rumah,selalu tak pernah lagi,kalau kat bandar orang katakan peparitan tersumbat,kat kampung pun macam tu juga la.

Thursday, January 5, 2012

WANITA MENUJU SYURGA DARI DAPUR

Salah satu pesan orang tua kepada anak perempuannya adalah ” Cinta suami bermula dari perut”.

Ketelitian seorang wanita dalam memberikan hidangan yang memanjakan lidah suaminya, memang tidak hanya berhasil memikat kasih sayang dan perhatiannya, namun juga terbukti berjaya menghidangkan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka.

Suami mana yang tidak akan senang melihat isteri yang begitu serius merawat dan melayaninya, serta mengambil berat soal makan minumnya. Bagi suami yang bijak menghargai, perkara ini membuatkan kekurangan wanita yang menjadi isterinya seolah – olah tertutup oleh perbuatannya merawat dan menjaga cita rasa lidah suami. Dan tentunya bagi si isteri, kebahagiaan sudah pasti diperolehinya kerana redha suami memang menjadi tujuan dari perjuangan seorang wanita muslimah.

Maka, betapa ruginya jika masih ada beberapa orang yang berfikir bahawa dapur bukanlah tempat wanita moden dalam `berkarier`. Bahkan ada sebahagian dari mereka dengan ikhlasnya berbahagi pahala dengan pembantu rumah, malah menyerahkan semuanya kepada pembantu. Beribu alasan kesibukan dan ketidakmampuan diberikannya, termasuk alasan bahawa zaman sekarang pekerjaan rumah hanya mengikat perkembangan kreativiti wanita.

Hanya orang- orang yang belum mengerti kedamaian melayani, yang akan berfikiran bahawa pekerjaan dapur hanya merendahkan wanita. Begitulah pendapat kebanyakan mereka – Selalu di dapur, maka masa depan wanita tamat.

Namun hal ini berbeza dengan fikiran wanita yang menjunjung tinggi sebuah keikhlasan. Melayani suami bukan bererti memasrahkan diri menjadi pelayan. Melayani bererti meningkatkan darjat diri, dari yang hanya berfikir tentang diri sendiri, dia tanggalkan ego demi untuk membahagiakan orang lain.

MasyaAllah, ini bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan, tetapi juga tidak mustahil dijalankan. Wanita ajaib bagaimana yang dapat buat seperti ini, kecuali akan menjadi berkat untuk pasangannya. apa – apa pekerjaan rumah yang begitu berat, betapa banyak kesibukan diluar yang menyita waktu mereka, namun seorang wanita solehah akan tetap memfokuskan bahawa keluarga adalah nombor satu, dan kerana memang itulah tanggungjawab untuknya, dari Allah sang maha penguasa.

Fikirannya selalu terfikir untuk menyiapkan apa yang dia boleh hidangkan untuk suami tercinta. Pahala untuknya akan mengalir dengan deras dan tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah insyaallah akan digenggaman.

Memang masih banyak cara untuk membahagiakan suami kita selain dengan memasak makanan kesenangannya. Namun, adakah cara yang lebih baik untuk memenuhi selera makan mereka selain dengan memenuhinya dengan tangan kita sendiri. Pastilah sebuah kebanggaan bagi kita dapat merawat suami sebagai sebahagian dari amanah kita yang kita lakukan dengan tangan kita sendiri, dan menjadikan kita peribadi yang dapat dipercayai dalam menjaga amanah.

Maka jangan pernah melecehkan ketentuan Allah, dan jangan menunggu sampai hak itu diambil Allah barulah kita menyedari kekeliruan kita. Maka sebaiknya kita mulai menumbuhkan rasa malu, saat mengetahui bahawa sang suami cenderung menyukai makanan di luar dan atau buatan orang lain. Manfaatkan waktu sebaik mungkin, kerana sungguhnya Allah menyediakan syurga untuk hambanya yang bersungguh- sungguh dalam belajar.

Siapa pun anda, apapun kedudukan dan pekerjaan serta kesibukan saat ini, jangan pernah menganggap remeh hasil tangan kasih sayang dari sebuah ruangan kecil yang bernama dapur. kebahagiaan suami, perhatian dan kasih sayangnya dapat anda ikat dari sana. so, mengapa tidak buru- buru memulainya sekarang?

Selamat memburu pahala..

ANAK DAH MASUK DARJAH SATU

Hampir dua hari sya tak menghiraukan blog,sibuk yang teramat sangat dengan persiapan anak-anak ke sekolah.Tiga orang bersekolah faham-faham je la macamna keadaannya,tersangat lah bizi,tak sedar masa erlalu dan dan sempat nak menaip pun.

Alhamdulillah anak kedua sya dah masuk tahun satu dan syukur pada Allah sebab dia dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekolah,tak ada adegan nangis-nangis,raung-raung,semuanya berjalan degan sempurna.

Anak sya juga pandai membeli sendiri makanan di kantin,tanpa perlu sya tunggu.syukur sangat.Yang dapat sya lihat di sini,nak masuk  dua hari bersekolah anak sya sangat bertanggungjawab dan rajin mengemas buku-buku dan peralatan sekolahnya.Bangun tidur pun awal.Semoga kekal sebegini perangainya.

budak yang tak banyak kerenah dan pandai sesuaikan diri di sekolah,tapi sikap manja tu tetap ada

suasana kelas anak sya,semoga dia selesa belajar dalam kelas tersebut.selalunya kat taski tak ada budak india,tapi kat sini ada,dia pelik sikit,tak mau bergaul dgn budak india.nanti2 biasa la tu





Monday, January 2, 2012

KENAPA MESTI MENGHARGAI ISTERI

1) Kerana isteri menjadi dinding bagi seorang suami dari api neraka (suami terhindar dari perkara haram seperti zina dan sebagainya).



2) Kerana isteri sanggup berkorban menyabung nyawa semata-mata untuk melahirkan zuriat buat suaminya.



3) Kerana isteri menjadi penjaga rumah dan segala harta suami, semasa ketiadaan suami dan semasa suami keluar mencari nafkah.



4) Kerana isteri sanggup bersusah payah, berletih bersusah menguruskan segala hal dan urusan dalam rumah.



5) Kerana isteri menjadi murabbi atau pendidik kepada anak-anak.



6) Kerana isteri sanggup abaikan nafsu malasnya dalam menyediakan makan minum untuk suaminya.



7) Kerana isteri penghibur dikala sunyi, penerang dikala kelam dan penenang dikala tegang. Kerana isteri adalah pelengkap hidup suami.