Thursday, December 29, 2011

LIHATLAH SUAMIMU

Lihatlah dia dalam tidurnya...
Tidur nyenyaknya seakan menggambarkan betapa seharian ini beliau begitu lelah mencari nafkah untukmu. Dia menyingsingkan lengannya dan memerah tenaganya, demi keselesaan. Menutup sayu matanya mungkin tengah menahan derasnya air mata dalam tidur, kerana memikirkan masalah hidup. Tapi semua masih bertahan, kerana dia tidak samapai hati membiarkan kau dan keluargamu susah.

L ihatlah kaki kuat itu...
Dia yang menyokong tubuh  suamimu, yang menjadi penyokong ketika harus menyusuri dunia untuk sebuah kebahagiaanmu, wahai wanita. Bahkan seperti yang di sabdakan Nabi Muhammad salallahu alaihi wassalam, jikapun memang sesama manusia boleh bersujud, maka di kaki itu, kau harus meletakkan sujudmu dan memasrahkan tanganmu kepadanya.

Lihatlah  garis wajahnya...
Kulitnya yang legam dan kasar itu menandakan beratnya perjuangannya. Seakan disana terukir sebuah perjuangan yang begitu melelahkan namun menenangkan seluruh anggota keluargamu. Dengan tanpa keluh walaupun sesekali bimbang dalam menyusuri hidup, namun tetap menyediakan ruangan  yang kuat, dan dada yang lapang demi kau bersandar. Lihatlah  wajah lelah itu, yang  semakin rapuh dari hari ke hari namun tetap tabah demi sebuah tanggung jawab.

LIhatlah para isteri , dialah suamimu!!

Lihatlah tangannya...
Rasakan tangan berkulit kasar itu yang semakin hari semakin terasa kasar. Tangan itulah yang telah menyelamatkanmu menuju sebuah kehormatan dan memberi  perlindungan. Tangan inilah yang berkait dengan hati mereka dimana mereka seumur hidup menghabiskan hari harinya untuk memenuhi keperluan dan kesenanganmu.

Lihatlah mata mereka
Pandangan teduh itulah yang mendamaikanmu. Mengajakmu dengan lindungan dalam kekuatan mereka. Berharap kedamaian menyelimutimu, menghapus sedihmu dan kembali membawa senyum untukmu, wahai para isteri. Pandangan sayu itu yang  mengandungi kekuatan mereka demi  mencintai makhluk sepertimu. Pandangan sayu yang juga begitu mendamaikan.

Wahai para isteri, betapa banyak suami yang tidak dapat memejamkan mata mereka kerana beratnya memikirkan  tanggung jawab mereka saat ini. SubhanAllah, maka bahagiakan dan alihkan sedikit beban mereka dengan sebuah kesenangan dan kesyukuran karena kehadiranmu. Bahagiakan mereka dengan mengurangkan keluhanmu atas mereka, dan menghadirkan senyum hari- hari mereka.

Lihatlah ketulusan hati mereka...
Seorang lelaki yang dengan penuh  tulus dan pengabdian penuh, telah menghabiskan  umur mereka demi menjadi kemudi rumahtanggamu. Mereka tak mengharapkan balasan kecuali kesetiaanmu. Mereka tak mengharapkan puji kecuali kepandaianmu menjaga anak- anak mereka. Mereka tak mengharapkan balasan kecuali dengan kebahagiaan kerana terjaganya bidadari yang ada dirumahnya, dirimu sendiri. Dialah pemimpin yang soleh dan bertanggungjawab itu, dialah suamimu, wahai para isteri.

Sungguh para wanita, redha suamimu adalah kunci syurga dunia bagi dirimu dan syurga akhirat untuk kau dan keluargamu. Maka hargailah beliau, lebih dari dirimu sendiri. 

Maka dahulukan pertimbangan mereka diatas ego dan kemahuanmu. Maka rendahkan suaramu, walaupun mungkin dalam amarahnya yang sempat memuncak. 

Tak apalah jika mengalahmu akan menjadi sedikit balasan bagi kelegaan hati mereka. 

Allah akan tersenyum kepadamu, Allah akan redha kepadamu, syurgapun akan merindukanmu atas semua kebesaran hati dan keluasan jiwamu. 

Maka jangan kau teruskan kemanjaanmu dengan tetap terus menuntut tentang apa yang mereka berikan dengan lebih untuk dirimu, namun tanyakan kepada dirimu sendiri, sudah sejauh mana kau telah menjadi bidadari dalam kehidupan beliau, suamimu sendiri. 

Dan...sudahkah hari ini kau mengucapkan kata terimakasih untuknya, seraya mencium tangannya yang mulia?

Wednesday, December 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY

santai bersama anak-anak



main pasir

penuh aktiviti

ciptaan Allah

ombak memukul batu

tinggal jejak

biar gambar cerita kan segalanya



Tuesday, December 27, 2011

PESANAN DARI IMAM SYAFIE YANG BERMANFAAT

Petua dariimam syafie berikut mungkin boleh kita manfaatkan untuk kebaikan kita.jom tengok





Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur:
1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

              

LEBIH DARI ANAK

Tajuk ntah apa-apa,minggu-minggu akhir nak bukak sekolah ni sibuk sangat dengan beli buku,dengan bayar yuran taski lagi,anak sya yang sulung dah nak masuk darjah enam,yang no dua nak masuk darjah satu,dan yang ketiga macam tahun lepas sekolah taski.

Apa yang sya risaukan sekarang ni anak yang kedua tu la,dia kan nak masuk darjah satu,macamna la nak hadapi karenah dia nanti,selalunya masa taski hari tu dia bangun lewat untuk ke taski sebab taski masuk pukul 8.30.ni nak masuk darjah satu kena kejutkan awal,dia ni dah la susah nak bangun tidur,jenuh kejutkan.

Yang keduanya pula apa yang merisaukan,macamna dia nak berbelanja wang sekolahnya,dia tak biasa membeli,dia kenal duit tapi tak pernah membeli,risaunya bila fikir.sekarang pun dia dah mula tanya,macamna dia nak membeli nanti,memang la sya dah buat bekalan untuk dia,tapi mana la tahu dia teringin nak makan apa-apa ke kat kantin.

Lagi satu,sya nak hantar dia kafa,maknanya pagi dia sekolah pagi n petang dia kena ke kelas kafa,tapi dia macam taknak ja siap tanya lagi,kenapa bang mesti sekolah pagi petang.huhuhu jenuh nak menjawab

Anak yang nak masuk sekolah sya pula yang banyak fikir,macamna keadaan dia,boleh ka dia belajar,berdebar-debar la pulak rasa hati.
ni la budak yang banyak songeh nak masuk darjah satu