Friday, September 2, 2011

RESDUNG

Resdung adalah penyakit yang berpunca daripada parasit yang di panggil Demodex. Dengan hanya melalui sentuhan sahaja sudah cukup untuk ia membiak dan merebak. Keadaan dari pembiakannya maka terjadilah simptom – simptom yang mengakibatkan mata, telinga, hidung, kulit muka, kepala menjadi gatal, rambut gugur, berjerawat, ruam, hidung tersumbat, nafas berbau, selsema, kerap bersin, hilang deria bau dan berpenyakit kulit. Rawatan hanya mampu mengawal dan mengurangkan masalah tersebut

Hidung tersumbat
Batuk
Sakit kepala atau muka
Jerawat pada muka
Selsema berpanjangan
Hidung berbau busuk
Demam
Letih dan lesu
Hilang deria rasa dan bau
Batuk teruk pada waktu malam
Bagaimanakah resdung menjadi bahaya?
Resdung akut boleh menyebabkan:
Radang sinus kronik
Sakit kepala kronik
Bisul pada sinus maxilar
sinus frontal
sinus ethmoidal
otak
Bisul periorbital kanan
mata.
Bagaimana merawat resdung?
Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :
Rehat yang cukup
Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
Makan ubat penahan sakit ( panadol)
Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
Bagi resdung kronik, Rawatan berikut amat membantu:
Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.
Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.
Bagaimana cara mencegah resdung?
Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya resdung:
Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
Pastikan kelembapan di rumah baik
Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
Berhenti merokok
Hindari alkoholAmbil ubat selsema sebelum berenang/menyelam

Di antara tanda dan gejala resdung adalah seperti berikut:

Monday, August 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN

KEPADA KAWAN-KAWAN,SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN PADA KAWAN-KAWAN SEMUA,SYA MINTA AMPUN DAN MAAF KALAU ADA SILAP DAN SALAH DALAM ENTRY-ENTRY SYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saturday, August 27, 2011

SUKA TAK KUIH NI?

Raya dah nak dekat sangat,kawan-kawan banyak buat kuih raya tak?sya buat sikit-sikit jer,susah la dengan si kecik ni,sibuk jer nak menolong,kemarin sya buat kuih ni,kawan-kawan suka tak makan kuih ni,huby sya suka tapi sya tak suka,buat juga la untuk dia.

masa ni perlu di etakkan atas kertas supaya senang letak dalam kuali nanti

proses menggoreng kuih ini,

dah siap di goreng

ini la kuih maruku,hubby sya suka sangat kuih ni,kejap jer dah luak dalam balang tu ha,kawan-kawan suka tak

Friday, August 26, 2011

JOM KENALI JENIS IKAN

Wah tajuk macam la sya ni expert sangat nama ikan kan,saja ja nak berkongsi mana la tau,kawan-kawan tak kenal ke,atau pun kat tempat kawan-kawan di panggil lain.
nama ikan ni,ikan senangin,ikan ni kalau di gorang rasanya tawar sikit,namun kala di masak gulai hmmmm,nyum,nyum

ini ikan nyok-nyok,betul ke tak ejaan dia tak tau la,ikan ni pun sedap kalau buat gulai,

yang ni mesti kawan-kawan konfius kan,ini ikan sembilang yer kawan-kawan,nampak macam ikan keli kan?

yang ni pulak apa yang tak kenal,namanya ikan pari,sangat sdap kalau dibakar dan cicah dngan air asam,bole jugak di buat asam pedas dan gulai

yang ni ikan siakap,bole masak 3 rasa,stim ke,bakar ke terpulang lah dengan selera masing-masing.


itu serba sedikit yang sya dapat kongsikan yer.