Thursday, August 11, 2011

ALHAMDULILLAH

Tiada apa yang dapat menenangkan hati apabila melihat insan-insan yang kita sayang taat dan patuh pada agama,anak-anak sya yang pertama kedua dan ketiga rajin pergi sembahyang terawih di bulan puasa ni,Alhamdulillah.

Semuanya dari kemahuan anak-anak,walaupun kadang-kadang terawih habis lambat,kadang-kadang dorang mula mengantuk tapi dapat juga ikut terawih,seronok rasanya bila dorang suka ke surau.

Harap-harap mereka menjadi anak yang soleh dan solehah satu hari nanti,jadi insan yang berguna dan beriman.

          

Wednesday, August 10, 2011

PAPRIK AYAM RINGKAS

Picture pagi tadi bukan nak tayang benda makan tau tapi sya nak berkongsi resepi kat sini.

ayam paprik ringkas

bahan-bahan
4 ketul ayam di potong kecil
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 tangkai cili kering
1 cawan air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 helai daun limau purut
sedikit lobak merah
sedikit kacang panjang
sedikit brokoli

cara menyedia
-goreng ayam separuh masak-ketepikan
-tumis bawang putih,bawang besar dan cili kering,biarkan sebentar hingga masak.
-masukkan sos tiram,garam,gula dan air kacau rata.
-masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan setelah kuah hampir pekat masukkan daun limau purut serta sayuran.
-kacau rata dan sedia di hidangkan

WORDLESS WEDNESDAY


BUKAN SENGAJA NAK LETAK,TAPI NAK KONGSI RESEPI,TUNGGU N3

Tuesday, August 9, 2011

KHASIAT SEBIJI EPAL

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.


Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.


Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

sumber:email

      [apple.jpg]