Monday, May 23, 2011

TAKZIAH

Selamat pagi semua,moga semua sihat dan baik2 ya,mendung jer pagi ni kat tempat sya,dah sarapan semua?

Jumaat lepas kita di kejutkan dengan kejadian tanah runtuh kat rumah anak2 yatim Hulu Langat selangor,16 meninggal dunia,menyayat hati betul la,mengalir air mata mengenangkan nasib mereka.

Jom kita ramai2 sedekah kan Alfatihah  buat mangsa2 yang meninggal,moga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.Takziah untuk keluarga si mati.semoga anda semua tabah.

Untuk anda semua berhati-hati yer walau di mana you all berada.

keratan akhbar metro kemarin.

Sunday, May 22, 2011

SAYA SUKA BERBLOG

Sya masih baru lagi dalam dunia blog ni baru nak masuk 2 bulan lbih,masih mentah dan hijau lagi,banyak yang belum sya lalui suka duka dalam berblog ni.Tetapi kemanisan tu dah di rasai bilamana sya dapat ramai kawan-kawan di alam maya,yang mana walau pun kawan-kawan semua jauh di mata tapi dekat di hati sya.


Sya juga dapat,mengetahui perkembangan kawan-kawan semua,tak kira la kita senegeri ke tak,walau pun kawan-kawan nun jauh di sana tapi sya dapat rasakan kawan-kawan dekat je.


Kadang-kadang sya dapat ambil sikit sebanyak iktibar dan pengajaran dari kisah kawan-kawan,sya suka sangat berblog,dapat mengeratkan ukhwah antara kita.Sya happy sangat berblog sebab segalanya boleh dicurahkan di blog,dan mesti ada kawan-kawan yang akan menyokong sya.


Segala yang dipelajari di blog menjadikan sya tabah,sabar dan yakin untuk menguruskan hari-hari yang bakal mendatang.Kadang-kadang ada yang lucu dari blog kawan-kawan membuatkan sya rasa gembira,happy,kadang ada yang menyedihkan membuatkan sya mengalirkan air mata.


Sya suka berblog,dan mengenali kawan-kawan semua,tak adalah terasa hari-hari membosankan coz sya tak bekerja,tq kepada kawan-kawan semua.

Saturday, May 21, 2011

PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR

Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

                         

8P UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.


8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia