Tuesday, May 10, 2011

takziah

takziah untuk keluarga mangsa air terjun ulu bendul yang kehilangan anak2,menyayat hati tau dengar berita ni,apatah lagi mayat si bongsu  masih belum di temui,kesian kan,orang lain bertuah menyambut hari ibu dengan keluarga dan anak2 mesti si ibu bersedih menunggu jasad si kecil yang belum di temui,semoga ibu mereka tabah,sebak juga hati bila mengenangkan hibanya hati si ibu menghadapi kehilangan anak tersayang,bukan satu,tapi  tiga orang sekali gus.
Fenomena ni berlaku sebab kepala air yang datang lepas hujan,ntah la sya pun tak berapa tahu macamna kepala air tu,tapi ada la google jugak cari,baru la tahu betapa derasnya air yang datang dari atas bukit yang di panggil kepala air tu,dasyat tau,kita yang tengok pun takut,ini kan pula yang pernah menghadapinya
ini gambar yang sya dapat dari google,tengok la sebelum n selepas kepala air tu datang,huhu besarkan airnya

sesiapa yang nak bawa family beriadah kawasan air terjun,sila berhati-hati  yer,semoga semuanya selamat,ada juga terbaca dari beberapa blog tadi,tanda2 kepala air datang tu,ranting2 yang di hanyutkan dari atas bukit,batu2 yang kita pijak akan bergegar,arus lebih deras dari biasa,bunyyi ngauman yang kuat,itu lah yang sya baca tadi.so berhati-hati la.jangan sebab kita nak happy2 terus jadi tragedi.

SELAMAT PAGI

Selamat pagi semua harap semua berada dalam keadaan baik n sejahtera,dah selasa dah hari ni,dah makan ke?semoga hri ini  akan menjadi hari terindah dalam hidup anda yer.

Monday, May 9, 2011

kegigihan anak ke dua

mohd hakim hari ni demam n batuk2 siap muntah2 lagi,dah cakap kat dia tak payah la pergi sekolah,nanti muntah2 pulak kat sekolah,tapi jawapan yang dia bagi"abang nak pergi sekolah jugak sebab arini perisa,abang nak dapat no 1 dalam kelas," wah terharu dengar dia kata macam tu,Dalam demam2 pun masih ada semangat untuk ke sekolah lagi.Alhamdulillah Allah kurnia kan sya anak yang baik yang soleh amin.

Alhamdulillah di kurnia kan anak2 yang semangat nya gigih,semoga menjadi anak yang soleh.

busynyer

huhu,baru la dapat update,ni pun update sambil dok mengoreng lauk atas dapur,hari isnin biasa la bz ckit,tadi pagi temankan huby g ambil mc kat klinik coz dia demam,sekarang ni dia tengah tidur la,lepas balik klinik singgah TM point bayar duit streamix la,t x bayar x leh berinternet lak,ramai orang arini.

memula g tm point kat sg bakap dulu bayar bil internet

bila keluar ja dari tm dah pukul 11.35,terus tggu depan taski la malas nak balik umah dah,ni si kecik sampai tertonggeng tengok longkang

afret that dia dah bosan terus jer dia masuk dalam taski main mainan kat situ

ni kelas si anak yang no 3,mohd sofi,dorang semua baru nak keluar kelas,


dapat buat entry pendek je,tengah goreng lauk,dah selesai nak g ambik kakak lak,then nak antar ke kelas kafa.