Tuesday, May 3, 2011

kadangkala stress jugak

Wah hari ni dah masuk hari selasa dah,selamat bekerja kembali,penat sungguh hari ni,mana tak nya,mengemas 3 kali ganda dari biasa,kain baju yang menimbun,nak membasuh dan melipatnya,

hari ni dua2 anak lelaki tak ke sekolah,si abang demam,manakala si adik turut serta la tak nak pergi sekolah,kat rumah ada saja la keja depa,huhuhu bersepah je rumah,nyampah la...

Tugas seorang ibu bukan nya mudah,kadangkala terasa juga susahnya,lebih2 lagi  tak da sapa nak menolong,kadand2 tu mengalir juga la air mata, dgn stress nya lg,terutama ketika anak2 buat perangai,terasa macam kita ni belum lg bagi didikan yang sempurna untuk mereka.

Kadangkala kesabaran tu akan menipis juga,mula la fikir yang bukan2,lebih2 lg lgi jika pasangan kita mengatakan kita tak pandai jaga anak,lagi la tension,huhu,


Stress jugak kadang2,tapi tu la kan nak buat macamna,tu la tgjawab yang harus di pikul,oleh wanita yang bernama ibu kan,terima lah segalanya dengan redha je la.

Monday, May 2, 2011

selamat bercuti

kemarin kan hari pekerja,so hari ni cuti la ya,selamat bercuti kepada semua,walau di mana pun anda berada,jaga diri dan sentiasa berhati-hati ya,tak bole nak entry panjang2 coz tengah mengemas dan nak bersiap untuk ke kenduri kawin,kat kampung,

selamat bercuti

Sunday, May 1, 2011

wajanya hati seorang wanita bergelar ibu

sempena hari ibu yang akan tiba tak lama lagi,jom kita tengok entry ini

waja hatinya->Bila dia sanggup bersusah payah bangun awal pagi membuat sarapan anak2 dan suami.

waja hatinya->Bila menguruskan rumahtangga walaupun penat dan lelah.

waja hatinya->Bila di tengah malam bangun menjaga anak2 yang sakit.

waja hatinya->Bila berpanas berhujan mengambil dan menghantar anak kesekolah.

waja hatinya->Bila balik dari kerja menyelinsing lengan masuk kedapur.

waja hatinya->Bila dia sakit masih gagah menguruskan rumah tangga.

waja hatinya->Bila sudi bekerja untuk meringankan beban suami.

Memang waja hati seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu,sekental-kental kesabaran di pertaruhkan untuk kebahagiaan insan tersayang,selamat hari ibu.

selamat hari pekerja

Selamat hari pekerja untuk pekerja2 yer,jatuh hari ahad maka esok isnin mesti cutikan selamat bercuti semua,jaga diri anda yer,jaga  kesihatan anta,tambah2 lagi keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni.