Friday, April 29, 2011

banjir

   Dah masuk hari jumaat hari ni,kepada yang bekerja tu,hari ni last la hari anda bekerja,esok cuti.Mesti banyak perancangan untuk menghabiskan hujung minggu bersama orang yang tersayang.Selamat berhujung minggu ye.Buat kaum lelaki jangan lupa solat jumaat hari ni,gandakan pahala anda pada penghulu segala hari ni.


   Masa entri ni di tulis,hujan lebat,kawasan perumahan saya banjir,tapi rumah saya blm lagi dinaiki air,masa antar anak pegi taski tadi sempat la snap bape keping gambar

\
hujan lebat,aik macamna bole terselit makeup brush ats dashboard lak,hehe

kawasan banjir,kat depan air lagi tinggi

meredah banjir dan hujan lebat


kepada yang memandu berhati-hati yer

Thursday, April 28, 2011

bila ank gila game

Ni pasal anak ke tiga la,hari2 balik dari sekolah nak main gme,baik dari hp atau ntebook,huhuhu,kadang2 nak ajak pegi ngaji pun susah jenuh nak pjuk.
Jiwa tau,dah la time tu nak kena antar kakak dia sekolah kafa lg,nak antar abang dia lagi,dia asyik dgn gme je,pening,pening.
Kadang2 tu sampai mood kita yang ceria pun jadi slow la,ye la mna nak buat itu ini,dia selamber jer main game,sebelum ke taski pun game jugak,
Ada sesapa tahu tak nak buat macamna nak menangani masalah anak yg terlampau ketagih dgn game ni?

isu bunuh diri

 Masa antar anak sekolah tadi,heboh lah satu sekolah pasal  yang budak darjah 4 nak bunuh diri,yang sya ceritakan kemarin tu,macam2 versi la dgr,benda kecik di tokok tambahkan.
 Paling tak sedap di dengar,ada yang mengatakan,mak dia tak pandai jaga anak,alahai,yang bercerita pun kaum2 ibu jugak,korang sendiri pun tahu macamna cabaran nak mendidik anak zaman sekarang sebab korang juga seorang ibu @mak kan.
 Jangan la pandai2 menunding jari pada orang lain,kerana kita juga ada anak2 yang perlu di beri perhatian,ingatlah 1 jari menunding pada orang lain,4jari akan menunding pada kita.
 Sepatutnya korang bagi la sokongan,pada ibu tersebut,bukan menyalahkan dia,manusia mana tak pernah buat salah.

Wednesday, April 27, 2011

budak2 zaman sekarang

entri ni tulis berdasarkan cerita dari anak sulung saya yang balik dari sekolah,bercerita dgn penuh semangatnya:

kakak:ibu,tadi kawan kakak lari dari sekolah tau.

sya:ye ke kenapa?

kakak:ala ibu,dia tak tahan kena ejek dgn budak darjah 6 kat sekolah.

sya:kenapa pulak orang ejek dia?

kakak:ye la ibu,sebab dia bercinta dengan budak darjah 6.

sya:hah!bercinta?

kakak:la betul ibu,dia bercinta,ibu tau dak.....

sya:apa dia?

kakak:dia pernah cba bunuh diri,nak terjun tingkap sekolah,nasib baik la ustazah datang sabarkan dia,

sya:hah!!biar betul kakak ni,

kakak:ye betul ibu.

tu dialog tadi antara sya dan anak,huh kecik2 lagi dah ada niat nak bunuh diri ape kes,pasal cinta terhalang je nak bunuh diri ,kenapa la cetek sangat pemikiran kau ha, kawan  yg di maksudkan anak sya baru darjah 4 tau,kecik lagi mana sya tak terkejut.

Nampaknya ibu bapa zaman sekarang kena lebih prihatin lagi la dgn anak2,tengok darjah 4 pun dah ada niat nak buat perbuatan bodoh tu,,takutnya yer zaman sekarang ni,nak didik anak kna psikologi yg kuat,tak bole buat mcm zaman mak2 kita dulu dah.