Thursday, April 21, 2011

DALAM HATI ADA TAMAN

Tq kepada kak azzey,coz sudi jd follower blog sya,terharu  sgt,yer la sya ni masih baru sangat dgn blog ni bak kata orang baru lahir n masih dalam pantang lagi kot,tp x sangka yang kak azzey sudi je terjah blog sya,tq again,

PAGI RABU YANG SHAHDU

Tup tap,tup tap,dah pun hari rabu kan harini,kemarin  tak dapat nak update n3,demam,arini pun masih on off lagi gagah kan diri je untuk anak2,tapi bengang betul dengan si abang yang buat perangai pagi ni,


seee,sampai depan taski hujan rintik2,tu la taski anak2


muka si abang yang tengah merayu,lebih kurang gini lah ayatnya"ibu,abang tak mau p sekolah,hujan ni,cikgu suruh balik nanti",haha,ayat la tu malas nak ke sekolah.tak kira g turun gak g sekolah.


pic si adik yang mulut banyak n suka mengenakan abangnya,"ala abang ni cikgu tak kata apa2 pun abang yang segan"wakakka,pecah tembelang abang,


Bila dok kecoh2 pujuk si abang turun dalam x sedar si kecil tu dah turun dulu d tepi kereta dalam hujan,sya masih tak sedar yang si kecik dah turun,nasib baik lah ada sorang unty india tu bagitau,kalau tak,dak lama dia melintas jalan,huhu,dalam hujan lak tu



tgk dia boleh tersenyum bangga lagi bila dapat keluar sendiri,sya pak sa juga abang tu turun pergi sekolah walau pun dah meleleh air mata ,kejam x?untuk mendisiplin kan dia,apa kes x nak g sekolah.

Okeylah nak masak jap,coz si kecik dah tido,

Wednesday, April 20, 2011

petua untuk bibir merah

UNTUK MENDAPATKAN BIBIR MERAH SEMULAJADI,SAPUKAN SEDIKIT MADU LEBAH DGN SEDIKIT PERAHAN LIMAU NIPIS PD BIBIR
LAKUKAN SETIAP MALAM SEBELUM TDO,

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, April 19, 2011

TITIPAN UNTUK PARA SUAMI

1.buat para suami,bila anda melafazkan " aku terima nikahnya......."bermakna bermulalah tanggungjawab anda pada seorang wanita yang bergelar isteri,memberi perlindungan,kasih sayang,berkongsi susah dan senang,penat dan lelah bersama-sama.


2.Apabila dia sudah bergelar isteri,janganlah anda bersikap mengongkong isteri anda,selagi apa yang dilakukan tidak menyalahi hukum agama dan rumah tangga.


3.Sebagai suami,fahamilah isteri anda,jika dia mempunyai hobi tertentu,janganlah menyekat hobi di masa lapangnya,fahami lah dan dekatilah hobinya sebagaimana dia memahami hobi anda dan tak pernah menyekat anda.


4.Jika isteri anda menyukai sesuatu makanan,cubalah hormati seleranya,carilah makanan kegemarannya itu,kerana dia akan rasa di hargai dan tidak mustahil dia akan lebih menghargai anda.


5.Bersama-samalah menjaga zuriat anda,jangan hanya menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada isteri anda walau pun dia tidak berkerja dan hanya surirumah sepenuh masa.


6.Cuba fahami keadaan dan situasi dirinya menguruskan rumahtangga dan anak2.


7.cuba dengar pandangan dan buah fikirannya sekali sekala.


8.Janganlah terlalu berkira(tntang wang ringgit) jika dia meminta,kerana jika dia ada pendapatan sendiri,dia tak akan menyusahkan anda ,cuba fikir,terbayarkah penat lelahnya menguruskan rumahtangga,melahirkan zuriat2 anda,menahan sakit yang tiada taranya,bila dia meminta jgnlah terlalu kedekut dgnnya dan jgn lah merungut jika dia meminta wang belanja lebih,kerana itu adalah tangungjawab anda mencari rezeki keluarga.Ikhlas kan lah hati anda.


9.Hormati lah perasaannya,bilamana dia bersedih cubalah pujuk dirinya.


10.Jika hari anda tidak bekerja,bantulah dia menguruskan anak2,beri lah masa untuknya berehat.


11.Luangkan masa bersama-sama jika ada waktu terluang mendengar isi hatinya.


12.Hormati lah keluarganya sebagaimana dia menghormati keluarga anda.


13.Jangan lupa ucap terima kasih atas segala penat dan lelah nya.


14.Apabila anda berbuat baik,menghormati dan memahami perasaanya dua kali ganda dia akan memberi cintanya dan menghormati anda sebagai suaminya.


buat baik di balas baik