Tuesday, April 19, 2011

TITIPAN UNTUK PARA SUAMI

1.buat para suami,bila anda melafazkan " aku terima nikahnya......."bermakna bermulalah tanggungjawab anda pada seorang wanita yang bergelar isteri,memberi perlindungan,kasih sayang,berkongsi susah dan senang,penat dan lelah bersama-sama.


2.Apabila dia sudah bergelar isteri,janganlah anda bersikap mengongkong isteri anda,selagi apa yang dilakukan tidak menyalahi hukum agama dan rumah tangga.


3.Sebagai suami,fahamilah isteri anda,jika dia mempunyai hobi tertentu,janganlah menyekat hobi di masa lapangnya,fahami lah dan dekatilah hobinya sebagaimana dia memahami hobi anda dan tak pernah menyekat anda.


4.Jika isteri anda menyukai sesuatu makanan,cubalah hormati seleranya,carilah makanan kegemarannya itu,kerana dia akan rasa di hargai dan tidak mustahil dia akan lebih menghargai anda.


5.Bersama-samalah menjaga zuriat anda,jangan hanya menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada isteri anda walau pun dia tidak berkerja dan hanya surirumah sepenuh masa.


6.Cuba fahami keadaan dan situasi dirinya menguruskan rumahtangga dan anak2.


7.cuba dengar pandangan dan buah fikirannya sekali sekala.


8.Janganlah terlalu berkira(tntang wang ringgit) jika dia meminta,kerana jika dia ada pendapatan sendiri,dia tak akan menyusahkan anda ,cuba fikir,terbayarkah penat lelahnya menguruskan rumahtangga,melahirkan zuriat2 anda,menahan sakit yang tiada taranya,bila dia meminta jgnlah terlalu kedekut dgnnya dan jgn lah merungut jika dia meminta wang belanja lebih,kerana itu adalah tangungjawab anda mencari rezeki keluarga.Ikhlas kan lah hati anda.


9.Hormati lah perasaannya,bilamana dia bersedih cubalah pujuk dirinya.


10.Jika hari anda tidak bekerja,bantulah dia menguruskan anak2,beri lah masa untuknya berehat.


11.Luangkan masa bersama-sama jika ada waktu terluang mendengar isi hatinya.


12.Hormati lah keluarganya sebagaimana dia menghormati keluarga anda.


13.Jangan lupa ucap terima kasih atas segala penat dan lelah nya.


14.Apabila anda berbuat baik,menghormati dan memahami perasaanya dua kali ganda dia akan memberi cintanya dan menghormati anda sebagai suaminya.


buat baik di balas baik

No comments: