Monday, January 16, 2012

WAKTU YANG SESUAI MINUM AIR MASAK.

Dah jadi lumrah manusia, bila haus mesti air yang dicarinya. Tak kiralah air tu sejuk ke, suam ke, manis ke, semuanya boleh. Janji ianya bersih dan dapat membasahi tekak kita. Tapi, sebaik-baiknya biarlah air masak yang menjadi pilihan utama. Gelarannya pun banyak air masak, air jarang, air putih, air kosong eermm air mineral :)

Kenapa air masak???

Air masak ni akan memelihara kesihatan tubuh, melancarkan sistem metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan kita. Sebabnya, bila air dalam badan kita mencukupi, ia sekaligus dapat membakar kalori dalam tubuh.memang nikmat tak terkata bila dapat air ketika ini. Begitu juga kalau tersedu mahupun tercekik, kan? Grrrr...

4 waktu terbaik untuk minum air masak selain ketika haus.

#1 Sebelum tidur

Minum segelas air masak sebelum tidur. Tujuannya bagi mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

#2 Bangun tidur
Minumlah 2 gelas air masak bagi mengaktifkan organ dalaman kita.

#3 Sebelum mandi
Ada baiknya minum segelas air masak waktu ni. Dapat melancarkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah kita.

#4 Sebelum makan
30 minit sebelum makan, eloklah minum dulu segelas air masak. Amalan sebegini didapati membantu sistem penghadaman. Di mana perut kita lebih bersedia untuk menerima makanan. Takdelah terkejut nanti.

5 comments:

Munnafendy said...

ai selalu amalkan sebelum tido n bangun tido..kira mmg wajib lah..

tp lau minum byk2 sgt kang asyik ke toilet je...hehe

cheqna said...

cheqna plak..asal dahaga memang cari air masak la

Ardini Humaira said...

dni selalu minum air masak :D hehe

eB ezrin said...

tq lagi :)

Mama Ema said...

air masak tapi yg sejuk dari peti ais..