Thursday, February 2, 2012

KHASIAT BENDI



BENDI memang berkhasiat kerana ia dapat membantu menguatkasn otak serta menambah daya ingatan serta kecerdasan. Biji, akar serta bunganya kalau direbus boleh membantu melawas pembuangan air kecil serta mengurangkan bengkask atau radang. Ada orang kata ia juga dapat mengurangkan masalah sukar bersalin. Air rebusan biji,akar, serta bunganya jika disapu pada pelbagai kudis dan bisul, mujarab juga. Air rebusan buahnya kalau dicampur dengan gula memang sesuai dijadikan sebagai sirap ubat batuk atau merawat sakit kerongkong. Lendir yang terdapat dalambuahnya boleh dijadikan krim penyejuk serta melembutkan kulit. Pernha juga digunakan sebagai ubat gonorea dan siflis. Air rebusan buahnya boleh juga digunakan untuk meredakan bengkak saluran kerongkong dan hidung.Ada di setengah-tengahj tempat, bijinya menggantikan biji kopi. Kabarnya kacang bendi baik amat untuk rawatan penyakit kencing manis (dipetik dari web SDARA). Caranya ialah dengan mengambil 2 biji kacang bendi. Potong kedua hujungnya. Turis bahagian tengahnya. Rendam dalam segelas air semalaman. (tutup gelas). Keesokannya, keluarkan kacang bendi tu dan terus minum airnya. Lakukan selama dua minggu. Lihat kesannya. Kalau berkesan bagi tau kat kawan/kawang2.
Di sebelah negara Barat, diyakini bahawa kacang bendi dapat membantu,
i) mencuci hati
ii) menstabil kandungan gula dalam darah
iii) membantu melincinkan bahagian dalam usus besar
iv) membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
v) ia juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus
vi) ada juga pendapat yang mengatakan kecang bendi adalah sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan atau rasa tidak selesa/sihat.
vii) ia juga boleh membantu merawat ulcer dan mengurangkan kekejangan pada sendi
viii) sifatnya yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah penghadaman
ix) juga ia dapat membantu radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.

5 comments:

azzey said...

akak sker makan bendi. blh ratah bendi yg dh dicelur gtu je..:)

Ardini Humaira said...

dni suka letak bendi dalam asam pedas dan dalca :D

Myra Jay said...

info yg menarik

Prettywrite said...

singgang ikan letak bendi memang sedap..banyak pulak khasiatnya tu kan..

Anonymous said...

saya pun first time makan bendi tadi...isteri sy ajar...pasni rasa nak lagi je...