Tuesday, February 14, 2012

GANJARAN MENJADI ISTERI SOLEHAH

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah

“Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”

“Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

“Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

“Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

“Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

“Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
“Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

“Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).
sama-sama la di jadikan panduan untuk kita sebagai seorang isteri.

5 comments:

cheqna said...

insyaallah..inilah impian cheqna

Sue-Rya AQ said...

nice! thanks for sharing..semoga kita sentiasa menjadi isteri yg solehah di kaca mata Allah dan suami..amin.. :)

ajumohit said...

Yang penting kene ikhlas kan kak, kdg2 penat tp buat2 happy huhu

ieda said...

insyaallah semoga kita berpeluang dan terus menjadi isteri yg solehah dik .. ;) aminnnnnnnnnnnnnnn

ummiarissa said...

Amin!Semoga setiap wanita melihat sendiri betapa mudahnya menjadi isteri Solehah dan berazam menjadi isteri Solehah...ditujukan kepada saya juga...