Monday, February 13, 2012

BERLAPIK LA SIKIT

Macam-macam ragam  dan perangai orang sekarang ni,kadang-kadang ada saja perangai dan perkataan yang tak terduga akan keluar dari mulut manusia kan.

Walau apa pun kita buat,kita lakukan dan kita suara kan sebenarnya jangan lah sampai menyinggung perasaan orang lain,biarpun benda yang kita nampak di hadapan kita adalah salah.Kalau kita nak menegur seseorang tu biarlah berlapik sedikit.

Eh panjang pulak sya melalut ni,kisah ni terjadi hari jumaat lepas semasa sya hantar anak sya yang ketiga ke taski,oleh kerana hari tu sya tak buat bekal,maka terpaksa la beli nasi lemak di hadapan sekolah untuk anak sya.Kak yang jual nasik lemak ni memang sya kenal sangat dan selalu jugak berbual dengannya.Selain nasik lemak ada juga ibu murid-murid yang letakkan barang jualan mereka kat gerai kak ni,salah satunya coklat buatan sendiri,biasa la kan dapat gak rezeki lebih.

Yang buatkan sya paling meluat sekali ada seorang ibu murid jugak,boleh marah-marah kat si kakak yang jual nasik lemak tadi sebab anaknya merengek minta coklat.Biasa la budak-budak mana boleh nampak manisan macam tu kan.Yang si abang tak nak masuk taski sebab nak coklat,meraung-raung lagi marah si ibu tadi pada kakak si penjual nasik lemak.tak terkat apa kakak tu.

Si ibu tadi siap kata"sapa la yang letak coklat pagi-pagi ni kat sini ,buta perut betul la,pagi-pagi anak dah nak coklat".Oleh kerana anaknya dah  meraung teruk terpaksa la si ibu beli jugak.Bila tanya harga,rm1.20.si ibu ni kata "mahal mencekik,baik buat sendiri".Yang paling tak bestnya,si ibu yang meletakkan coklat tadi ada di tempat tersebut.Merah padam muka nya.kesian dia.Mungkin malu bercampur marah di katakan buta perut.

Bagi sya,tak salah si penjual coklat tu nak letakkan coklat di gerai nasi lemak dan si ibu yang anaknya meraung tadi pun sepatutnya bercakap lah berlapik sedikit agar orang tak tersinggung.Kalau pun dia tak nak anaknya makan manisan pagi-pagi,cuba lah pujuk anaknya elok-elok bukan menyalahkan orang lain.

Dah panjang benar celoteh sya ni kan,agak-agaknya patut ke si ibu yang anaknya meraung tadi buat macam tu?

6 comments:

cheqna said...

perghhh..kalau cheqna..memang kena r kak yang mulut tak berlapik tu....

Rai said...

ish ish..sampai macam tu sekali bercakap..dia tak malu ke cakapa macam tu depan anak sendiri.. depan orang lain..tak beradab betul..

Prettywrite said...

geram kan dengan orang mcm tu..err atau mungkin dia ada masalah dalaman so suka2 lah nak lepaskan perasaan marah kat orang..hehe..beli jer lah dekat anak dia tu lepas tu slow talk lah coklat jangan makan pagi2..karang2 sikit ke makan..bagila makanan lain dulu..meluat dengan orang berlagak ni..

Sue-Rya AQ said...

x patut lgsg..kuang ajaq tui!

WuMing said...

Kadang-kadang.. bila dalam keadaan marah.. orang rasa mereka itu benar semua..

Tapi bila hilang marah, kalau masih begitu...

Hah.. yang ini no komen...

Myra Jay said...

Kalau myra sure terasa..

Kesian kat akak yang menjual tu..