Friday, January 13, 2012

LIMA LANGKAH KAWAL ANAK DALAM KERETA

Bila nak bercuti atau berjalan jauh dengan menaiki kereta,kadang-kadang kita lupa dengan keselamatan anak kita dalam kereta,maklum la masa tu kan dah excited nak menuju destinati nak di tuju.Jom tengok lima langkah yang boleh kita gunakan untuk mengawal anak-anak dalam kereta.

1-KUNCI KEMAS TALIPINGGANG KELEDAR-walaupun setengah kanak-kanak rimas dengan tali pinggang keledar namun  sebagai ibubapa kita perlu memastikan ianya di kunci dengan kemas demi keselamatan mereka.

2-ELAKKAN MERIBA ANAK DALAM KERETA-iabukan lah satu langkah yang bijak,malah cara ini boleh membahayakan jika kenderaan yang dinaiki,diberhentikan secara mengejut ataupun mengalami kemalangan,anak yang di pangku atai di riba boleh tercampak kehadapan menyebabkan si kecil boleh cedera parah.

3-SEDIAKAN TEMPAT DUDUK YANG SELAMAT-contohnya seperti tempat duduk khas kanak-kanak dalam kereta,mesti juga di pastikan kedudukan tempat duduk khas itu terletak dengan betul,selamat di gunakan,talipinggang hendaklah di kunci dengan sempurna.

4-BAHAYA BEG UDARA-bayi atau kanak-kanak yang duduk di bahagian depan boleh mengalami kecederaan serius akibat beg udara yang mengembang,malah keadaan ini juga boleh menyebabkan kematian.Beg udarabukanlah bantal lembut,bagi orang dewasa ia sebagai penyelamat sebaliknya bagi kanak-kanak ia membahayakan.tempat duduk khas kanak-kanak kalau di letakkan di bahagian hadapan adalah sangat hampir dengan beg udara pada dashboard,jika berlaku kemalangan beg udara akan mengembang,dan menolak kanak-kanak yang duduk di kerusi khas,ini mungkin boleh menyebabkan kecederaan leher.

5-JANGAN TINGGALKAN ANAK SENDIRIAN DALAM KERETA-oeningkatan suhu yang mendadak,di dalam kenderaan akan menyebabkan kelemasan,dan mereka juga berhadapan dengan risiko penculikan.

4 comments:

eB ezrin said...

mslhnyer anak2 i x mo diikat. letak blakang menjerit. aduyai... sia2 ader car seat 2... hmmmm

Sue-Rya AQ said...

alhamdulillah..so far, saya bawa baby bam bam tu, dia dok senyap dlm car seat dia..tp kena bagi biskut..kalau x, mmg x tenteram la dibuatnye..

pena skali tu bagi biskut, tgh2 makan dia senyap..tau2 je dh terlelap..hehehe

Thanks for the info!

cheqna said...

good info
moga jadi amalan kita semua

ieda said...

gud infoo dik ..
TQ sharing ! ... ;)