Wednesday, January 25, 2012

KHASIAT TEMPE





Tempe sekarang ini bukan sahaja menjadi kegemaran orang Jawa, tetapi ia telah menjadi makanan kegemaran semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama.

Tempe telah diketahui umum memang kaya dengan pelbagai khasiat. Sepotong tempe mengandungi banyak zat seperti karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin B12, enzim serta komponen antibakteria yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh manusia.

Tempe juga dipercayai dapat mencegah penyakit anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Ini adalah kerana tempe mengandungi zat besi yang sangat diperlukan dalam pembentukan sel darah merah.

Di samping itu tempe juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Pengambilan sumber kacang soya sebanyak 25 gram sehari dari pelbagai sumber termasuk tempe dapat membantu mengurangkan kolesterol darah.

4 comments:

cheqna said...

cheqna tak makan tempe
soya pun tak

emarieys said...

khasiatnya memang baik..tp apakan daya tak makan tempe

eB said...

eB suker sejak menjak dok kat SA nih :)

umiawadah said...

pada yang tak gemar makan,cara mudah adalah digoreng tempe yang dilumur garam dan rempah kari sedikit...goreng garing makan bersama nasi.sedap...