Thursday, December 15, 2011

KENALI BUAH PLUM DAN KHASIATNYA

   Satu perkara unik mengenai buah plum adalah kepelbagaian jenisnya. Buah plum
boleh dikelaskan dalam enam kategori am iaitu Jepun, Amerika, Damson,
Ornamental, Liar dan Eropah. Terdapat pelbagai saiz, bentuk dan warna buah
plum.

Walaupun selalunya buah plum berbentuk bulat, tetapi buahnya juga boleh
berbentuk bujur atau berbentuk hati. Kulit buah plum pula boleh berwarna
merah, ungu, biru tua, merah, hijau kuning atau kuning jingga. Kesemua buah
plum boleh dikategorikan sebagai buah pepauh atau buah-buahan berisi lembut
dan berbiji keras.

Bebas garam dan kolesterol

Buah plum tinggi karbohidrat, rendah lemak dan rendah kalori. Plum juga
merupakan sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium, besi, kalium dan
serat. Plum juga bebas sodium (garam) dan kolesterol.

Buah plum tinggi kandungan gula, namun bagitu, buahnya tidak mempunyai
kanji. Maka disebabkan itulah buahnya tidak akan menjadi manis selepas
dipetik, tetapi enzim pektin akan melarutkan sesetengah pektin sekaligus
menyebabkannya menjadi lembut. Tindakan ini boleh ditangguhkan jika buah
disejukkan. Pektin adalah sejenis gelatin yang terdapat pada buah-buahan.

Seperti semua buah, plum juga mengandungi sejumlah besar vitamin C. Buah
plum boleh dimakan secara segar, setelah dikeringkan, dijadikan jeruk,
dijadikan jem mahupun dijadikan jeli. Buah plum akan bertukar menjadi buah
prun setelah dikeringkan dengan cara meninggalkannya di atas pokok untuk
kering secara semulajadi atau dikeringkannya di dalam ketuhar dalam suhu
rendah.

3 comments:

Myra Jay said...

Rasanya jeruk plum myra penah makan :)

Unknown said...

mama mifz suko buah plum nih...

Irfa said...

sebelum ni tak penah makan buah ni tp skrg sejak kawan baik kena kanser payudara dia hari2 makan buah ni..so sy tumpang makan sama :-)