Tuesday, August 2, 2011

TIPS UNTUK SAHUR

Ada tak antara kawan-kaan yang susah nak bangun sahur?,bila dah bangun tak berselera pulak nak makan,jom kongsi tips dengan sya mana lah tahu dapat bantu.

-Sediakan makanan yang panas dan baru di masak,aroma dari makanan yang baru di masak mungkin boleh membuka selera.

-bancuhkan minuman kegemaran anda,agar anda lebih lagi berselera makan dan minum waktu sahur.

-Pelbagaikan makanan seperti buah-buahan,ikan,daging dan sayur,agar tidak jemu dengan satu hidangan sahaja,tapi sediakan hidangan dalam kuantiti yang berpatutan agar tidak membazir.

-Elakan makan makanan yang terlalu masin,seperti telur masin,ikan masin,boleh makan tapi kurangkan sedikit,makanan ini akan membuatkan kita cepat haus.

-Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi agar tak mudah lapar dan boleh memberikan kita tenaga.

-Jangan bersahur terlalu aal,pastikan tidur dahulu untuk pastikan kita bangun sahur dengan lebih bersemangat.

-Jangan makan bersulam dengan air,kerana ini akan menyebabkan kita cepat berasa kenyang,akhirnya kita akan menjamah makanan dengan sedikit.

kawan-kawan,harap tips di atas dapat membantu kita untuk bersahur yer.

3 comments:

Unknown said...

sahur pagi tadi bangun lambat!! tapi nasib baik still sempat.. sahur saya biasanya makan lauk dari yg berbuka je..lepas tu tambah ngan homemade nutrition apple shake supaya tak letih..

Dilla Ady said...

bangun sahur tp makan berat2...tak brape nk selera...slalunye num susu jek..

Myra Jay said...

Myra soq mesti bancuh air Milo, rasa lebih kenyang dan sedap :)