Tuesday, June 21, 2011

JOM BUAT KARI REMPAH SENDIRI

orang dulu-dulu masak kari guna rempah giling,kari@gulai dorang berbau wangi dan sedap jer,zaman sekarang ni semua kemudahan ada so tak payah lah kita mengiling lagi.

sya sendiri pun buat kari tak pakai rempah yang di jual kat kedai,tapi pakai rempah yang di buat sendiri,encik hubby tu dia tak suka makan rempah yang dah siap dah,so kena belajar dari mertua buat rempah ni.sekarang tak payah mengiling dah,just blender jer,

jom kita tengok cara nak buatnya,tapi ini semua anggaran je yer kawan2,ikut kapasiti dan kuantiti ikan la,

bahan-bahan rempah ratusnya
jintan manis-dalam anggaran 2 camca
jintan putih-dalam anggaran 1 camca
lada hitam-dalam anggaran 1/2 camca
ketumbar biji-dalam 4 camca
serbuk kunyit-dalam3/4 camca
cili kering-dalam 12 tangkai

                          gambar sekadar hiasan

blenderkan kesemua bahan-bahan tadi sehingga halus,jangan lupa tuang kan 2 sudu minyak semasa mengisar bahan tersebut,kerana fungsi minyak adalah supaya bahan-bahan tadi cepat halus.
kemudian tumiskan bahan-bahan kisar tadi seperti anda membuat kari,tapi rempah ni kena tumis lama sampai hilang bau rempah,dan naik minyak,lebih kurang 25 minit macam tu.

ni masa menumis rempah tu,masa ni rempah belum pecah minyak lagi,mesti selalu di kacau takut hangus

begini lah rupa rempah yang dah pecah minyak@dah naik minyak,harus terus di kacau lagi yer,masa ni anda bole masukkan santan,asam,dan garam.lepas tu biarkan sekali didih baru masukkan ikan,dan masak sampai ikan tu masak,boleh letak kacang bendi,tomato atau cili muda,untuk menyedapkan lagi,tapi sya cuma letak kacang panjang jer sebab bahan-bahan tu tak ada,

ini lah rupanya bila dah masak,simple je,masih dalam periuk lagi,haha


itu jer yang dapat sya kongsikan,maaf yer ayat berterabur jer maklum la tak pernah kongsi resepi dengan orang,main belasah jer,tak pandai nak susun atur ayat cantik-cantik.

5 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

eeemmm...ini sudah baguih...mai semangkok...

ZianaRazali said...

Kak misya..kalo yana dah hilang kesabaran nak menunggu tumis 25 minit?uwaaa...memang tak la..hehhehe..salute akak..

~salam kenal~

chichi said...

ooo saya akan cuba bila saya kembali rajin masak..hehehe

Unknown said...

biasa rempah beli je kan...ini buat sendiri...baguih2...

eB said...

wahhhhhhhhhhh tq... best3 :)
i polo u... jom kiter kwn ;p