Kawan-kawan pernah tak menghadapi masalah anak-anak susah nak menyiapkan kerja sekolah yang cikgu beri,sya selalu menghadapi masalah ni,tau lebih lagi anak lelaki,jom kita tengok cara-cara agar anak mudah buat keja sekolah,mana lah tahu cara-cara yang di senaraikan ni boleh mengubah tabiat anak kita.
1-SENTIASA TEKANKAN PADA ANAK KERJA SEKOLAH PENTING.
Anak perlu tahu bahawa kerja sekolah yang cikgu berikan adalah penting dan suruhlah dia siapkan kerja sekolahnya dengan segera,katakan padanya kalau dia mahu jadi seorang yang berjaya perlulah bermula dengan membuat kerja sekolah yang cikgu berikan.
2-TETAPKAN WAKTU KHAS.
Sediakan satu waktu yang khas untuk anak anda yakni jadual masa untuk menyelesaikan kerja sekolah agar tidak bertindih dengan masa main anak-anak.
3-PILIH TEMPAT YANG SESUAI.
Sediakan tempat yang sesuai agar anak-anak dapat buat kerja sekolah dengan selesa,pastikan pencahayaan tempat anak-anak belajar sesuai dan tidak bising.
4-AWASI PENGGUNAAN MEDIA.
Pastikan jadual membuat kerja sekolah tidak bersamaan dengan siaran rancangan kegemaran anak-anak,supaya anak-anak tidak resah memikirkan rancangan tv kegemarannya.simpan permainan video pada waktu membuat kerja sekolah,takut anak-anak malas nak buat keja sekolah dan tak dapat beri tumpuan kerana terfikirkan mainan video.
5-BERI PUJIAN.
Bila anak dah siap lakukan kerja sekolah puji lah dia,kerana dia berjaya menyelesaikan kerja sekolahnya.
Ha tu lah dia diantara cara-caranya,jom kita sama-sama praktik kan untuk anak-anak kita.
2 comments:
tq 4 sharing :)
nnti kena praktik kan pd adik2
Post a Comment