Saturday, March 10, 2012
Friday, March 9, 2012
KHAS BUAT GADIS-GADIA DAN WANITA DI LUAR SANA
Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang...
Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa.. mudah diperoleh... diparut.. diperah.. dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...
Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat.. Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah.. Berusaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya.. Harganya mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya.. Jadi.. Kamu pilihlah samaada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..
Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa santan..
Mutiara.. tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..
OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN.. Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian.. Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia.. tangisan mengiringi berzaman..

LAMANYA TAK UPDATE
Rasanya dah dekat seminggu sya tak update blog yer,rindunyanak tau perkembangan kawan-kawan,lately ni sya sibuk sangat-sangat sebab mak mertua nak pergi umrah,sibuk buat persiapan untuk dia,kesana-ke sini cari barang keperluan dia.
Alhamdulillah kemarin dia dan adik ipar dah selamat berlepas ke tanah suci,semoga dia selamat pergi dan balik,
sya akan cuba update pelan-pelan,sebab masih bz sebenarnya lagi ni,nak jugak jenguk umah kawan-kawan.tapi kena ziarah perlahan-lahan la.
Friday, March 2, 2012
CIRI-CIRI SUAMI MITHALI
1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda. Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.
2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.
3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.
4. Elakkan terlampau banyak komplain.
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Iniadalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.
5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.
6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.
7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.
8. Jangan merendahkan keinginan dia.
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.
9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?
10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.
kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

Subscribe to:
Posts (Atom)