Friday, May 13, 2011

LEMBABKAN KULIT WAJAH

Petua Melembabkan Kulit Wajah
 Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja. Kemudian ianya dicampurkan dengan sedikit madu lebah dan kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia mengering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.

Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali




POLKADOT ORGANIZER

Taada!!! cantik tak polkadot  organizer yang baru ni,cantik kan kaler pink lagi.Sebenarnya ni dapat avon yang bagi,dapat free ja,dah lama dapat tapi tak guna pun,sayang nak guna,lagipun handbag elok lagi tu yang simpan ja.Sekarang handbag dah rosak, nak belajar pakai organizer ni pulak la.Bawa p mana pun semua orang berkenan.
Ni pandangan sudut tepi,ada cermin lagi,senang la nak tengok muka saat2 emergency.Happynya dapat bawak organizer ni.Lalala

Wednesday, May 11, 2011

TERBAKAR

Ni berlaku kat pondok rukun tetangga Taman Merak,kawasan perumahan yang sya duduk ni .Tak tau la pulak apa punca kejadian,tengok bekas kebakaran ni pun masa nak antar anak ke taski,

ni gambar ambik dari jauh,memang tak perasan tau

ni gambar dari dekat

KERETA BERASAP

Ni kisah jumaat lepas,on the way nak balik kampung la,nak singgah klinik dulu bawak si kecik sebab demam n muntah2 macamna la sya bleh tak perasan yang kipas aircon tak berfungsi,patut la panas semacam jer bila pasang aircon.
Si kakak ada la bagi tau kereta kita bunyi pelik la ibu,tapi sya buat tak tahu je,siap cakap kat kakak cuaca panas sebab tu aircon tak berapa nak sejuk.Yang bole perasankereta berasap bila ada sorang pak cik tu bagi tau kereta sya berasap pa lagi panic la.Tak berani nak bukak but depan kereta coz dok suspect radiator bocor.
Call adik ipar datang.Sya tunggu sampai dia datang,sambil tu bawa si kecil jumpa doktor jugak.Biasa la orang pompuan mana la mahir pasal bab2 kereta ni kan,tahu bawa ja.Nasib baik tak da apa2.