Thursday, April 14, 2011

RISAU

Ni kisah anak pertama saya la,risau betul dengan perkembangan pelajaran dia sekarang,terlalu slow sangat.

Dah antar pi tuisyen pun tak nampak perubahan nya,markah periksa cukup2 makan je.Dah puas lecture kan dia tapi dia still macam buat dono jer,kita yang makan hati.

Risau betul la sampai bila dia nak macam ni,waktu main n menonton tv lju jer ,tapi bila kita suruh dia study,macam2 la,sakit perut la,penat la selsema la.



Kakak ,kalau baca coretan ibu ini,berubah la,ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakak.

Wednesday, April 13, 2011

petua

CARA NAK HILANGKAN PARUT,
untuk menghilangkan parut caranya mudah saja,
gunakan kulit pisang,caranya,bahagian dalam kulit pisang di gosok kan pada tempat yang berparut,amalkan selalu parut akan pudar

CERITERA KEHIDUPAN

Bila terbaca cerita tentang perpisahan dalam rumah tangga sedih sangat,tambah2 lagi bila anak2 pun di tinggalkan oleh ayah dorang sebab tergila-gilakan perempuan lain.

Begitu lah kehidupan yang di ceritakan dalam blog "realiti kehidupan".Sedih bila mengenangkan nasib mereka,terhambur juga air mata bila membaca kisah mereka.

Kepada insan yang bergelar lelaki,bila anda sudah berpisah dengan isteri anda,ingat lah,tanggungjawab anda belum terlepas sepenuh nya,jika anda mempunyai zuriat dengan bekas isteri anda.

Adakah anda mahu permata hati anda,menderita sedangkan anda sahaja yang berbahagia dengan cinta baru,cuba anda renung2 kan lah,cuba anda bayangkan lah,mata2 hitam yang kecil memandang sayu ke arah anda,lihat mata mereka,sinar apakah yang di harapkan oleh mereka.

Pernah kah anda faham dalam hati kecil mereka apa yang mereka harap kan?cuba lah anda bayangkan pengharapan dari mereka,pengharapan yang tiada penghujung,walau pun anda sudah tiada ikatan dengan bekas isteri anda,tetapi anda jangan lah lupa permata hati anda.

Cuba anda renung2 kan lah..

Tuesday, April 12, 2011

MENU MAKAN MALAM

 Ni la menu makan malam sya sekeluarga,ada sambal udang, ketam,telur hancur dan ikan goreng.

ni menu ketam,tapi  tak tahu la masak apa,reka sendiri ja,masa nak masak ketam ni,just masukkan sos cili,sos tiram,kicap manis,cili kering,daun sup,dan telur,konon2nyer nak tiru masak kat kedai makan yang kita org p makan minggu lepas.hehe:)

 ni telur masak hancur,favorite anak2,empat2 orang suka makan telur ni,simple jer kan.

ni biasa la ikan goreng,cuma sambal udang jer tak sempat nak ambik gambar,dok kalut dengan budak2 dah tak sabar nak makan.