Monday, December 19, 2011

TIPS KESELAMATAN BAYI DAN KANAK-KANAK DI RUMAH

• Cuba elakkan langsir dan bidai yang mempunyai tali - tali tergantung boleh menyebabkan cekikan. Jika anda mempunyainya, ikat tali itu tinggi ke atas, luar dari capaian anak anda.

• Letakkan stiker berwarna-warni pada kaca-kaca berukuran besar seperti pintu gelangsar untuk mencegah daripada tidak ternampak. Tingkap sorong harus hanya boleh dibukakan dari atas dan dipasang kunci untuk menghindarkan kanak-kanak kecil membukanya dari bawah. Pasang tingkap yang rendah supaya tidak boleh dibuka lebih dari 5 inci. Letakkan perabot dan lain struktur yang boleh dipanjat jauh dari tingkap.

• Letakkan lapisan menentang gelincir di bawah hamparan dan tikar yang tidak mempunyai lapisan belakang itu.

• Gunakan get keselamatan dan get pintu. Pasangkan get keselamatan (ke BS 4125) di sebelah atas tangga dan satu lagi pada tiga anak tangga dari bawah. Ini akan menghentikan bayi atau anak bertatih anda daripada memanjat ke atas dan mendapati dia tak dapat turun kembali. Ingatlah bahawa keselamatan kanak-kanak itu berterusan. Get yang anda letak di bahagian atas tangga bagi anak
berusia setahun akan menjadi rangka kegemaran yang membolehkan dia memanjat di usiaduatahun.

• Jangan sekali-kali meninggalkan barang-barang atas tangga yang boleh menyebabkan orang terjatuh. Tangga harus disenggara dengan rapi - karpet yang rosak atau usang haruslah dibaiki atau dibuang. Pastikan pelepas teguh dan tidak mempunyai takuk untuk memanjat. Tangga mesti sentiasa bercahaya terang.

• Setiap tahun, beratus kanak-kanak dirawat dalam jabatan kasualti berhubung kecederaan akibat kejatuhan. Sebaik saja bayi anda
mula merangkak, anda mungkin memerlukan get keselamatan untuk mencegah dia daripada memasuki bilik-bilik yang dilarang.

• Sorok lampu dan alat elektrik di belakang perabot berat atau gunakan peranti pemegang wayar khusus supaya wayar tak ternampak. Lampu tinggi mungkin tergolek jika bayi menariknya, jadi letakkan kukuh di belakang perabot.

• Awasi barang-barang yang boleh mengepit jari, seperti engsel pintu, bangku seterika dan kerusi anduh. Fikirkan jika perlu membeli pelindung engsel.

• Simpan
bahan-bahan pertolongan cemas dalam almari yang berkunci, tak boleh dicapai, dan pastikan saudara-mara dan orang lain tahu di mana hendak mendapatkan bekalan itu di rumah anda dan bagaimana hendak respon dalam kecemasan. Pastikan rumah anda sudah bebas racun untuk melindung anak-anak anda daripada bahan berbahaya.

• Insidens lecur air dan api bagi kanak-kanak muda adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak tua dan orang dewasa. Kebanyakan kelecuran disebabkan minuman panas tertumpah. Ingatlah bahawa minuman panas masih boleh melecurkan kanak-kanak 15 minit selepas disediakan. Dan jangan sekali-kali menghulurkan minuman panas kepada ibu yang sedang
menyusu - setitik cecair panas itu pun boleh melecurkan bayi dan juga ibu.

Jika anda duduk di apartmen bertingkat tinggi, fikirkan tentang pemasangan gril keselamatan pada tingkap dan balkoni anda.

Friday, December 16, 2011

DIANTARA SEBAB LELAKI MENANGIS

Lelaki menangis bukan sebab potong bawang ataupun sebab lain .. tapi sebab ALLAH SWT dan perkara2 yg boleh dia tangisi ~

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Al
lah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

~ Kebanyakan lelaki akan menangis apabila, Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
~ Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
~ Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
~ Ibu atau bapanya meninggal dunia.
~ Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
~ Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
~ Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI

             

CIRI-CIRI SAHABAT SEJATI

Jika kita menjadikan dirinya sebagai seorang sahabat yang sejati, dia akan membalas persahabatan tersebut dengan baik.

Jika kita berbakti kepadanya, dia akan melindungi diri kita.

Jika kita memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan sedia menghulurkan pelbagai jenis bantuan yang terdaya olehnya.

Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan sudi menerimanya dengan tangan yang terbuka luas.

Ketika dia menerima sesuatu kebaikan dan kebajikan daripada kita, dia akan menghargai pemberian tersebut dan sentiasa menyebut-nyebut kebaikan kita.

Jika dia terlihat sesuatu yang tidak baik pada diri kita, dia akan segera menutupnya.

Jika kita mendiamkan diri kerana menghadapi sesuatu masalah, dia akan segera mendampingi kita untuk berkongsi masalah tersebut.

Jika sesuatu bencana atau musibah datang menimpa diri kita, dia akan membantu meringankan beban yang kita pikul

Jika kita berkata sesuatu kepadanya, dia akan membenarkan kata-kata yang kita lafazkan.

Jika kita merancang sesuatu, dia akan sedia membantu kita merealisasikan rancangan tersebut.


Jika kita berselisih faham dengannya, dia lebih cenderung untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.


Ingatlah pesanan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna,
"Jadilah seperti pohon mempelam,
walaupun dibaling batu,
tetapi masih memberikan buah yang manis kepada kita".
 


SUMBER:INTERNET

Thursday, December 15, 2011

KENALI BUAH PLUM DAN KHASIATNYA

   Satu perkara unik mengenai buah plum adalah kepelbagaian jenisnya. Buah plum
boleh dikelaskan dalam enam kategori am iaitu Jepun, Amerika, Damson,
Ornamental, Liar dan Eropah. Terdapat pelbagai saiz, bentuk dan warna buah
plum.

Walaupun selalunya buah plum berbentuk bulat, tetapi buahnya juga boleh
berbentuk bujur atau berbentuk hati. Kulit buah plum pula boleh berwarna
merah, ungu, biru tua, merah, hijau kuning atau kuning jingga. Kesemua buah
plum boleh dikategorikan sebagai buah pepauh atau buah-buahan berisi lembut
dan berbiji keras.

Bebas garam dan kolesterol

Buah plum tinggi karbohidrat, rendah lemak dan rendah kalori. Plum juga
merupakan sumber terbaik vitamin A, kalsium, magnesium, besi, kalium dan
serat. Plum juga bebas sodium (garam) dan kolesterol.

Buah plum tinggi kandungan gula, namun bagitu, buahnya tidak mempunyai
kanji. Maka disebabkan itulah buahnya tidak akan menjadi manis selepas
dipetik, tetapi enzim pektin akan melarutkan sesetengah pektin sekaligus
menyebabkannya menjadi lembut. Tindakan ini boleh ditangguhkan jika buah
disejukkan. Pektin adalah sejenis gelatin yang terdapat pada buah-buahan.

Seperti semua buah, plum juga mengandungi sejumlah besar vitamin C. Buah
plum boleh dimakan secara segar, setelah dikeringkan, dijadikan jeruk,
dijadikan jem mahupun dijadikan jeli. Buah plum akan bertukar menjadi buah
prun setelah dikeringkan dengan cara meninggalkannya di atas pokok untuk
kering secara semulajadi atau dikeringkannya di dalam ketuhar dalam suhu
rendah.