Sunday, August 14, 2011

CARA MERAWAT KULIT BERJERAWAT

kulit wajah yang sensetif dan berjerawat sememangnya susah nak di jaga,jadi kena ada cara tertentu nak merawatnya.

-Gunakan masker untuk jerawat sekurangnya seminggu sekali kerana ia membantu membuang lebihan minyak dan mengecilkan pori-pori di wajah.

-Sapukan krim jerawat di bahagian bermasalah sahaja,pilih yang sesuai dengan kulit.

-pakai krim malam bagi menghilangkkan parut jerawat.

-elakkan dari memicit atau mengopek jerawat menggunakan kuku.

-banyakkan minum air suam.

                    


Saturday, August 13, 2011

KAWASAN SUDAH DI TERANGKAN

Minggu lepas balik kampung,wah,banyak perubahan la,walhal baru  satu minggu tak balik,kawasan kampung yangterdapat semak samun tu dah dibersihkan dah nampak padang bola la pulak,anak-anak sya apa lagi dapat berlari-lari kat kawasan tu, best tak terkata.

Menurut tuan punya tanah,dia nak bersawah,tapi lagaknya macam nak berkebun ntah la,tengok jer la nanti,tapi yang bagusnya bila kaasan tu dah dibersihkan barulah nampak jalan,kalau tak macam tak da rumah je kawasan kampung sya sebab semak sangat.Sya dapatlah snap beberapa picture jer.
ha tu dia jengkaut@kapal korek nak membersihkan kawasan yang semak samun,anak-anak sya masa ni paling best tengok.

mula membersihkan kawasan semak samun tu

dah bersih dah sedikit

ni hasilnya
dan ini lagi,anak-anak sya sibuk la dok berlari kat kawasan ni,siap ambik bola main lagi,tak pernah jumpa kawasan lapang selain padang bola hehehe

Friday, August 12, 2011

LULUR KACANG HIJAU

Sesiapa kat sini nak mencantik dan menghaluskan kulit tanpa perlu pergi spa.kulit akan lebih bersih dan segar,selain dari tu dapat menanggalkan daki dan kulit mati di badan.jom kita buat lulur kacang hijau.

Mula-mula ambil kacang hijau,tumbukkan atau kisar jadikan tepung,ambil 3 camca madu,masukkan dalam kacang hijau tadi,masukkan juga susu jadikan macam lulur.

Kemudian sapukan keseluruh badan,biarkan kering seketika,sentalkan sedikit,kemudian bilas,kulit akan terasa segar bersih dan lembut.
         
                 

KELEBIHAN BERPUASA

Puasa mendekatkan diri dengan Allah:
Allah berfirman :
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]

Puasa mengawal syahawat:
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065]

Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka:
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840,]

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299]

Puasa menjanjikan syurga:
Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220]