Thursday, June 16, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MY COUSIN

Tanggal 12hb jun 2011,selamat lah sudah my cousin di ijabkabulkan dengan pujaan hatinya,wah dah jadi isteri orang dah yer,muda lagi my cousin ni,baru 20 thn kalau tak silap sya,tapi dah jodohkan.Selamat menempuh kehidupan yang baru,semoga bahagia hingga ke anak cucu.


wah dah jadi isteri orang dah yer kak ain,saat-saat menanti di ijabkabulkan,maaf gambar blur sikit,tengah kelam kabut.


acara akad nikah pun bermula,mesti time ni pengantin lelaki nervous ja,akhirnya selamat juga di nikahkan


dekorasi kamar pengantin,warna putih suci gitu,cantik  sangat.

anak  sya  dan adik bergambar bersama pengantin.


Selamat pengantin baru kepada kak ain,cantik sangat kak ain ari ni,semoga berbahagia di samping suami yang tersayang yer.

Wednesday, June 15, 2011

ANAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG

Apa la punya tajuk kan.Yang sya nak cerita pasal si ketot ni sorang la,menginjak usia 2 tahun perangai dia makin menjadi-jadi,kadang2 tu tengok mengalahkan lelaki pulak.hilang segala sifat perempuan tu jom tengok apa aksi dia.


ni masa kat umah mak sya,tengok la ada hati dia nak panjat pokok kelapa@nyok  tu,perangai dia ngalahkan lelaki la,siap dia cakap kat ibu dia ni,"tak yapa ibu,ati adik ambik uah  kat ibu".


ni pulak masa dia dapat panjat pokok jambu kat umah mak tok dia,bangga tak kira la,untuk pengetahuan semua pokok ni tak tinggi,sama paras dengan orang dewasa je.


Tengok perangai dia sekarang makin menjadi2.lasak bukan main,panjat-memanjat tu dia dah tak hairan dah,kadang2 kita yang takut dia jatuh.Tu la anak2 zaman sekarang perempuan dah perangai tak macam perempuan lagi.

JOM TENGOK KHASIAT DAUN PANDAN

Daun pandan tumbuh di kawasan kampung-kampung,selalu di gunakan sebagai pewarna dan perasa dalam masakan,ia juga boleh dijadikan pewangi seperti bunga rampai.

Daun pandan juga boleh di gunakan sebagai pelega kesakitan dan boleh di gunakan untuk menyembuhkan sakit dada,sakit kepala ,arthiritis,dan sakit telinga.Daun pandan jika di kunyah boleh menghilangkan sakit gusi juga.

Daun pandan juga bole menghitamkan rambut,caranya dengan merebus daun pandan sampai airnya berwarna hijau,embunkan semalaman,kemudian perahkan 3 bji mengkudu kedalam air pandan,sapu pada rambut selama10-15minit lakukan 3 kali seminggu.

Untuk mengatasi masalah kelemumur pula,ambil 7 helai daun pandan muda,giling atau tumbuk sehingga halus,campurkan 1@2 cawan air,sapukan pada kepala yang berkelemumur selama 10-15 minit dan kemudian basuh dengan air bersih.


pic from google
                          

Tuesday, June 14, 2011

SEJAUH MANA KITA IKHLAS MENERIMA DUGAAN

Hidup tak dapat lari dari,dugaan yang Allah turunkan,Setiap hari ada saja yang mendatang,kadang2 tak terduga dengan akal kita,pun tak dapat lari dari dugaan,kadang2 kita akan rasa dan merungut kenapa la asyik diriku je  ditimpa masalah,orang lain tak,sebenarnya semua yang Allah turunkan ada hikmahnya.Dugaan itu dapat mengingatkan kita agar jangan lalai dan sentiasa berwaspadalah,sediakan payung sebelum hujan.


Tetapi acapkali kita sebagai manusia ni sentiasa merungut,dengan dugaan yang datang,kenapa ya kita tak koreksi diri kita,apa salah kitadan kadang2 kita akan menyalahkan orang lain,padahal,kadangkala ia berlaku berpnca dari kita,tak tahu nak cakap macamna.


Kenapa ya kita ni tak boleh menerima dugaan yang Allah turunkan dengan hati terbuka?andai kata boleh pun hanya separuh hati sahaja,separuh lagi tak,


Seharusnya kita bersyukur dengan dugaan yang datang.cuba kita pandang sekaliling,ada yang menerima dugaan yang maha hebat lagi dari kita,so kita kena la tabah dan sabar menempuh dugaan,


Mohon lah pada Allah untuk menenangkan hati kita dan meringankan bebanan kita ,baliklah kepada maha pencipta kita,hanya lah dia tempat kita mengadu,sesungguhnya tiada yang lebih baik dari mengadu kepada Allah segala bebanan kita,dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita,berabar lah menerima dugaansemoga kita akan menjadi seorang insan yang tabah dan taqwa


Semoga diri sya juga dapat bersabar dengan segala dugaan yang mendatang,