Saturday, May 21, 2011

8P UNTUK KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.


2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.


3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.


4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.


5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.


6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.


7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.


8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia

Friday, May 20, 2011

63 PERKARA UNTUK PASANGAN BERCINTA DAN BERUMAHTANGGA DARI DATUK DR FADZILAH KAMSAH

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.




1. Doa yang berterusan.


2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.


4. Murah dengan khidmat.


5. Murah dengan belaian kasih sayang.


6. Murah dengan sentuhan.


7. Mencari kebaikan pasangan.


8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.


9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.


10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.


11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.


12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.


13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.


14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.


15. Tolak-ansur.


16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.


17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.


18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.


19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.


20. Sanggup berkorban buat pasangan.


21. Menghormati pasangan.


22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.


23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.


24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.


25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.


26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.


27. Meletakkan hak kepada pasangan.


28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.


29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.


30. Mengawal marah. Buat perjanjian.


31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.


32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.


33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.


34. Memahami peranan ‘pasangan’.


35. Hubungan perasaan sesama pasangan.


36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.


37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.


38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.


39. Tujuh kali puji dan satu teguran.


40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.


41. Banyakkan bergurau dan bermesra.


42. Sentiasa berterus terang.


43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.


44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.


45. Elakkan salah pasangan.


46. Cari titik pertemuan.


47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.


48. Lebih banyak memberi daripada menerima.


49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.


50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.


51. Seimbangkan hubungan dari segi:


(a) Mental, pendidikan dan ilmu


( Emosi


© Fizikal dan ekonomi


(d) Sosial


(e) Spiritual


52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).


53. Tidak terlalu mengongkong.


54. Tidak bertindak bersendirian.


55. Memberi peluang untuk berbeza:


(a) Pendapat atau pandangan


( Hobi


© Kegemaran


(d) Makanan


(e) Cita rasa


(f) Warna pilihan dan pelbagai


56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.


57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.


58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).


59. Tidak meminta yang bukan-bukan.


60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.


61. Mencari kelainan dan perubahan positif.


62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.


63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


sumber: harian metro

MUTIARA KATA RENUNGAN

Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Thursday, May 19, 2011

ISTERI AMANAH DARI ALLAH


JOM JADIKAN KISAH INI SEBAGAI PENGAJARAN DAN TELADAN

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,'Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah.

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia ber gegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais.

Kemudian kutip kain busuk untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapakan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai... Bolehlah rasanya nak berehat sikit.

Opps.... belum boleh rehat rupanya.. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali lohe dan langsung tertidur.... ... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula, 'Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja.

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,'Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali....

Whatttt???.. . 9 bulan 10 hari??? ....Beranaaak? ??....... Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk...!! !

~~~~~ 'Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??' Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya, 'Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami?? 'Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan. Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni.....'

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.... .....

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan