Tuesday, January 17, 2012

LELAKI KURANG SABAR

Jangan marah pada kaum lelaki yer,sya menulis berdasarkan pandangan mata sya.namun bukan semua lelaki macam tu kan.Tapi lelaki ni memang benda-benda yang remeh pun dia kan jadi kurang sabar.

Hari jumaat lepas masa nak ambik anak sya balik dari sekolah,biasa la hari jumaat memang ramai terutama sekali kaum bapa,maklum la di beri pelepasan untuk sembahyang jumaat,ramai kaum bapa menunggu anak keluar dari sekolah pada pukul 12.05 tghari.tapi hari jumaat hari tu tak tahu la kenapa pihak sekolah lepaskan pelajar 10 minit lambat.
Depan sya ada sorang bapa yang menunggu anaknya di dalam kereta .bila budak-budak sekolah keluar ja,terus dia bunyikan hon bertalu-talu,terkejut sya di buatnya.Namun si anak tadi bukannya perasan pun yang si bapa bunyikan hon,malah sempat bermain lagi dengan kawan-kawan,lagi kuat si bapa ni bunyikan hon,ya Allah bingitnya telinga.

Bila sianak perasan bapanya di depan sekolah cepat-cepat si anak datang pada bapanya,tapi si bapa tadi memarahi anak dengan nada yang kuat,siap tarik telinga lagi,siannya sya tengok.Biasa la budak-budak memang macam tu.
Sepatutnya kena la bersabar sikit,dan kalau nak marah nak pun jangan lah berdepan orang ramai,malu si anak.macam-macam kan.Pernah tak kawan-kawan hadapi situasi sedemikian?jom kongsi.

2 comments:

cheqna said...

bapak tu takut lambat g solat jumaat la tu =)

Irfa said...

penah tgk depan mata situasi bapa yg marah anak dan isterinya kern lambat kluar dr kedai..bagi saya lelaki yg kurang sabar adalah lelaki yang menunjukkan KEBODOHAN nya pada dunia.sori my bad word