Friday, June 17, 2011

MACAMANA NAK HADAPI STRESS PADA PASANGAN

Pernah tak tiba2 ja rasa stress pada pasangan?mesti pernahkan?sya ada tips untuk mengatasi situasi itu,jom tengok.


1-Luahkan masalah atau apa yang anda tak puaskan
jangan pendamkan apa yang tak puas hati dan apa masalah yang membuatkan anda tertekan agar pasangan tahu punca dan cara mengatasinya.


2-Jangan suka mengungkit
Apabila satu2  perkara telah berlaku dan berlalu,janganlah suka mengungkit perkara tersebut walau dari mana puncanya samaada dari pasangan atau diri sendiri.


3-Jangan selalu cari salah pasangan
Kadang2 mungkin pasangan terlepas pandang kesalahan kecil yang dilakukan,maafkan lah dan berilah dia peluang kerana setiap orang melakukan kesalahan.Cubalah buang yang keruh ambil yang jernih.


4-Bercutilah bersama-sama pasangan
Aktiviti ini sebaiknya di lakukan berdua kerana akan mengeratkan lagi hubungan antara pasangan sambil mengenang kembali saat2 manis tika bercinta.


5-Pelajarilah ilmu agama
Agar dapat menyelami betapa anda dan pasangan memang di takdirkan bersama dan telah tertulis anda untuknya.


6-Dengar muzik dan bacaan AlQuran
Tarik nafas dalam2 dan dengarlah muzik kegemaran anda,mungkin ada lagu2 yang mengingatkan kita zaman bercinta dengan pasangan dulu,

Ataupun anda boleh dengar bacaan ayat-ayat suci AlQuran supaya jiwa anda tenang dan damai.


semoga tips diatas boleh di kongsikan bersama-sama.

1 comment:

chichi said...

maceh kerana berkongsi...hehehe