Friday, May 6, 2011

toleransi dalam rumah tangga

hidup bersama dah tentu la kena ada toleransi untuk sebuah rumah tangga tu aman dan bahagia kan,kalau tak da toleransi tunggang langgang lah sebuah rumah tangga,yang sya nak kongsikan di sini toleransi antara suami isteri la(bagi yang tak berkahwin tu boleh buat panduan).


untuk para suami jangan lah ego,bila mana isteri anda mengikut dan menunduk jer tak membantah  anda jangan lah mengambil kesempatan pulak atas kepatuhan dia terhadap anda,bersyukurlah kalau isteri turut segala perintah anda,tapi jangan lah sampai ambil kesempatan dengan menyuruh isteri menggalas sorang tggjwab yang anda pikul sepatutnya,kesian juga la dgn isteri anda yang kadang2 tak menang tangan dengan urusan nya,cnthnya hari anda bercuti,sekali sekala ringankan lah beban isteri anda dgn menolong nya menguruskan tugas2nya,ni tidak asal hari minggu jer anda dah hilang dgn hobi anda meninggalkan isteri anda terkapai2 sorang menguruskan anak2.sesekali anda pula la yang ambil tugas tu dan berikan lah masa untuk dia berehat.


Untuk para isteri pulak,bila suami dah menolong tu jgnlah ambil kesempatan pulak dgn menyuruhnya buat lebih banyak tugas anda dari biasa,boleh jugak dia nak nolong nanti lgsung dia tak nak tolong dah,bila dah suami buat keja tu jgn lah merungut kerja yang dia lakukan tak memuaskan,biasa lah lelaki mana la pandai buat kerja2 halus org perempuan,walau pun kerja di buat tak sempurna berterima kasih la kerana dia sudi membantu anda.


Bukankah indah berumahtangga bila ada unsur toleransi ini,tak da lah berpihak kepada sebelah pihak sahaja.rumahtangga pun aka lebih aman .

No comments: