Entry tak di tujukan kepada sesiapa pun.Setiap pagi sya akan mendengar radio sinar fm.Ada satu colum yang sya minat yang mana Dr Fadhilah Kamsah memberi motivasinya,luahan hati suami yang tak terucap.
Dr ada mengatakan suami kadang2 tak sedar kelemahan diri mereka jadi isteri perlu menegur,ok lah kan kalau suami yang senang menerima teguran,tapi macamna kalau suami yang tak dapat terima teguran dari isteri,mesti melenting balik pada isteri.susahkan macam tu,suami selalu mengatakan isteri tak kebal dalam urusan rumah tangga,ada saja yang tak kena.
Yang ni sya ada baca dalam magazine minguan wanita dari seorang perunding undang2 kekeluargaan,katanya
"kalau isteri tak kebal mental fizikal siapa yang redha bangun tengah malam dalam keadaan mengantuk menyusui anak,kemudian menghantar anak ke sekolah sedangkan suami asyik lagi tidur,memasak,membasuh pakaian mengatur rumah walaupun tak sihat,
menahan sabar dengan karenah anak2 dan menjaga mereka sepanjang masa.Pekerjaan apakah di dunia ini yang paling tidak berbaloi jika di gaji termahal sekalipun,kalau hati terus menerus di susahkan oleh pekerjaan itu.Masa dan ruang tetap berada dalam kongkongan dan tidak ada cuti seharipun untuk karier sepanjang hayat ini.
Inilah kerja sebagai surirumah sepenuh masa yang sering di remehkan para suami.mungkin kerana isteri2 ini tidak bergaji.
Wah hebatnya penangan surirumah ni juga ye,so kepada para suami,hargailah isteri anda yang bergelar surirumah walaupun mungkin dia tak dapat menolong anda menjana pendapatan,namun dia menolong anda menyambung dan menjaga keturunan anda,menyelesakan kehidupan anda agar teratur dan terurus.
No comments:
Post a Comment