Friday, April 15, 2011

KEGIGIHAN WANITA

Baru ja balik ambik anak yang sulung dari sekolah,biasa lah hari jumaat,ramai la yang ambik anak.

Apa yang nak sya cerita kan,betapa gigihnya sorang wanita dan ibu mengambil anak diaorang balik dari sekolah,lebih2 lagi waktu sekarang yang tangah panas terik,seteriknya namun para2 ibu ini dengan penuh kesabaran menunggu kepulangan anak2 mereka.

Betapa bangga nya bila menjadi seorang wanita yang gigih dan penuh dengan kesabaran dalam diri,demi untuk anak2 menimba ilmu,menjadi insan yang berguna,

Kadang2 insan lemah di mata lelaki,mampu menjadi seorang wirawati dalam rumahtangga,yang mana segala kerja dapat wanita lakukan walau pun kadang2 penat dan letih melingkari diri.kadangkala kesakitan datang jua,namun wanita masih boleh meneruskan peranan nya demi keselesaan anak2 dan rumahtangga.

Alhamdulillah,saya bangga menjadi seorang wanita,semoga ALLAH,memberi saya kekuatan,kesabaran mental emosi dalam melayari rumah tangga.AMIN.


"i  proud to be a women"

No comments: