Kebetulan,kazen sya dalam dilema sama ada nak berhenti kerja atau tak, memandangkan tak ada siapa nak jaga anaknya,apa yang membuatkannya berfikir sebegitu kerana pengasuh sebelum ni berpindah dan dia pernah hantar anaknya ke rumah pengasuh yang lain tapi anaknya di denda jangan makan hanya kerana si kecil yang berusia 3 dan 4 tahun tu nakal jer
kalau kawan-kawan sanggup tak lepaskan kerjaya demi anak-anak?dia ada minta pendapat sya,tapi tak tahu nak bagi pendapat macamna,lain orang lain pemikirannya,kalau bagi sya,itu untuk kebaikan anak-anak tak salah,namun kena tengok juga ekonomi keluarga.Maklum la zaman sekarang semuanya perlukan duit.
Sya dulu pun masa anak yang sulung masih lagi bekerja sampai anak yang kedua,masuk yang ketiga bila anak mula bersekolah,sya terpaksa lepaskan kerjaya sya untuk tumpukan pada anak.Mujur encik suami menyokong,sebelum buat keputusan berhenti kerja tu,kena fikir panjang-panjang dulu,dan bersedia dari segi kewangan.sebelum berhenti tu mmg buat saving sebanyak mungkin,maklum la dulu berdua kerja,tapi kini sorang,bukan apa takut jugak termiss belanja.
Namun Alhamdulillah,dengan beserderhana,duit yang di simpan terus disimpan.So sebelum buat sebarang keputusan kena la berbincang dan buat persediaan yang secukupnya.kawan-kawan setuju tak dengan pendapat sya?
3 comments:
kena tengok keadaan masa tu.. kalau perlu lepaskan kerjaya, rela lepaskan kerjaya... tapi kalau ada alternatif lain, cuna alternatif lain :)
Kalau myra, demi anak2 & keluarga untuk sementara waktu lepaskan lah kerjaya walau hati berat.
Faktor kena pertimbangkan of course la DUIT kan, tapi myra punya plan in case kalau berenti keje, myra nak ngasuh ke @ buat kuih ke @ cari duit walau dok di rumah ;)
Betul kak, seminggu anak2 skola ni terasa nk brenti keje, sian anak2 naik van, naik Bas ke sekolah...Memndgkan Komitmen Kewangan tinggi, sy tangguhkan niat ini
Post a Comment