Kemarin ke sekolah anak sya yang sulung after balik dari post office,ramainyer ibu bapa yang datng time ni nak sain report card anak-anak.
macam-macam gelagat ada,selepas sain dan berbincang dengan guru kelas boleh bawak anak-anak balik,best,best,tapi masa sya pergi tu ramai yang dah bawa anak dorang balik pun.
sya tak dapat la nak snap banyak-banyak pic.si kecik ni kena pantau lebih,maklum la ramai lak kawan dia kat sini.
ha ni la si kecik yang tak sabar n excited sangat nak jumpa kakaknys,macam la kakak tu tak penah balik rumah pun padahal pagi-pagi dia yang ikut sya hantar kakaknya kesekolah,apapun budak-budak memang teruja kan.laju jer dia jalan.
ni bersebelahan dengan kelas anak sya,ibu-bapa masing-masing sedang menunggu giliran.
ni kelas si kakak,biasa lah tak de bezanya dengan sekolah kebangsaaan yang lain kan.dah tak ramai dah murid-murid dalam kelas ni,ramai yang dah balik.Kelas anak sya letak di tingkat empat sekolah ni.
Bagunan sebelah pun ramai lagi waris yang menunggu.yang bawah sekali kelas pra sekolah.
bila dah selesai ,sya bawak la sikakak bali,si kecik terus jer melekat kat kakak,nak turun tangga pun kakak yang pegang,padahal masa datang tu naik sendiri.
Ini report card si kakak,apa yang leh dikatakan di sini penilaian peperiksaan dia kali ni amat mengecewakan hati sya,hanya berjaya dapat tempat ke tujuh belas dalam kelas,asyik nak main jer,tak ada A langsung dalam mata pelajaran.nak kena pantau lagi lebih budak ni,tahun depan dan nak ambil UPSR.