Kawan-kawan suka makan kurma tak?bulan puasa macam sekarang banyak kan di jual di pasaran,tak kira la yang basah atau yang kering,sya suka sangat kurma ni tak kira la bulan puasa atau bulan tak puasa,sentiasa ada dalam simpanan,makan sampai tak boleh berhenti tau,kadang-kadang sekotak sekejap ja habis.
Jom kita tengok khasiat buah kurma ni.semuanya dari karbohidrat.
Khasiat buah kurma
1.Makan kurma secara teratur dapat mengurangkan penyakit jantung dan kanser.
2.Buah kurma kaya serat yang mencegah penyerapan lemak dan kolestrol dalam usus. Kandungan serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus dengan menyahkan bahan kimia yang menyebabkan kanser usus besar.
3.Sebagai makanan laksatif (laxative food), kurma bermanfaat melancarkan buang air besar.
4.Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
5.Kurma adalah sumber vitamin A, yang dikenal memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk mata. Vitamin A juga diperlukan kulit agar sihat. vitamin A diketahui membantu melindungi dari kanser paru-paru dan rongga mulut.
6.Kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Besi adalah komponen dari hemoglobin di dalam sel darah merah yang menentukan daya ketahanan oksigen dalam darah.
7.Kalium dalam kurma adalah penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu denyutan jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung dan strok.
8.Kalsium merupakan mineral penting dalam pembentukan tulang dan gigi, dan diperlukan oleh badan untuk gerakan otot, penggumpalan darah dan saraf.
9.Kurma kaya akan vitamin K dan vitamin B-kompleks, iaitu piridoksin (vitamin B-6), niacin, asam pantotenat dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K sangat penting dalam pembekuan darah dan metabolisme tulang.
wah begitu banyak nyer khasiat kurma ni yer.
5 comments:
WuMing memang suka makan Kurma... Dan tahu juga dia banyak khasiat
Tapi tak tahu laa apa khasiatnya... Hari ni baru tahu..
TQ
Khasiat yg bagus untuk kita, myra pun suka gak makan kurma nieh.. :)
**Kak, Myra dok kat Jalan Baru,Perai**
suke kurma yg basah2 gitu...sedap!
saya kureng sikit kurma ni..sebab mmg tak suka benda manis2..tapi kalau blend dgn susu uht tu boleh layan..sedappp
semalam baru je wat cekodok kurma =)
Post a Comment