Friday, October 14, 2011

SURIRUMAH HARUS BERBANGGA

Mesti ada yang kata jadi surirumah ni apa yang nak di banggakan,hanya dok rumah dan uruskan rumah tangga je,malah ada jua wanita yang berkerjaya di luar sana memandang surirumah dgn pandangan yang kosong jer,maaf kalau apa yg sya kata ni menyinggung yer.

jom kita tengok betapa besarnya peranan surirumah yang sama hebatnya malah lebih hebat dari yang mempunyai kemahiran masing-masing.

surirumah adalah

pakar masakan
memasak untuk seisi keluarga,suami dan kadangkala untuk mertua sekali,bayangkan lah setiap hari surirumah akan menghadapi masalah nak masak apa,nak makan apa,tanpa jadual atau scedule yang di beri,ada saja idea spontan masakan dari surirumah.

perancang ekonomi
Setiap bulan menjadi perancangan ekonomi dalam rumah,menyenaraikan perbelanjaan-perbelanjaan budget-budget rumah,agar tak mengalami masalah kewangan dan isi rumah akan selesa.

jururawat
di kala anak-anak  dan suami tak sihat,surirumah akan menjaga,memberi raatan,perhatian yang lebih yang rasanyatakkan dapat dari hospital terbaik sekalipun ,layanan yang penuh kasih mesra dan sayang.

driver
kadang-kadang jadi driver menghantar anak-anak pergi dan balik dan balik dari sekolah.

pakar pemakanan
menyediakan makanan yang mengandungi gizi dan nutrien yang cukup buat seisi keluarga.

pakar kebersihan
menyediakan persekitaran yang bersih dan selesa untuk isi,rumah dengan mengemas, membasuh  dan segalanya.

pakar kaunseling dan motivasi
dengan memberi nasihat dan mendengar keluh kesah suami dan anak-anak,menjadi pendengar yang baik,dan menasihati anak-anak.

perunding imej
menyedia dan menentukan pakaian dan imej isi rumah.

sebenarnya banyak kagi peranan surirumah ni,yang kadang-kadang mencabar kewibaaan,yang sedihnya kami tidak di bayar seperti kebanyakkan orang kerana bagi kami bayaran yang setimpal adalah seisi keluarga berasa selesa dengan perkhidmatan kami,cewah dah macam slogan lak.bayaran yang setimpal adalah kasih sayang dari suami dan anak-anak.

9 comments:

emarieys said...

nama saja suri rumah..tapi tanggungjawab suri rumah lagi besar

eITA said...

dah tag dlm contest ni... http://my-khalish.blogspot.com/2011/10/1st-contest-from-precious-fitting.html

Myra Jay said...

Berbanggalah menjadi suri rumah.. :)

Tak terkecuali yang bekerja kerana bila balik rumah tetap pegang title suri rumah :)

halila Ibrahim said...

betul2.. sokong 200 peratus... ingat dok rumah goyang kaki je ke... kita bekerja 24 jam .. semua hal ehwal rumah kita yg uruskan... betul tak...

Unknown said...

untungla kalau dapat jadi surirumah sepenuh masa..skang ni surirumah separuh masa je.. hehehe..

nad said...

kak misha pun housewife jugak?
sama macam saya
saya dah biasa kalu ada cakap2 yg tak best pasal housewife ni
kawan2 yg sama2 blajar kt u dulu pun pandang sebelah mata pun idak..
dah naseb
tapi saya selesa dgn keadaan camni
suka tgk org yang dijaga terjaga

Unknown said...

mmmm...btol tuu...tanggungjawab surirumah nie lebih kurang cam PM jgak laa...mcm2 nk d pikirkan n nk d buatnya...ishh...ishhhh...

Unknown said...

mak papa mifz suri rumah..sgt respek samo beliau..:)

WuMing said...

Betul tuu..Kena Bangga..Wife WuMing adalah fulltime house wife...

Kalau ada rezeki..WuMing juga nak jadi fulltime HouseHUSBAND..


He..he..he..