Tuesday, September 13, 2011

TERSENTUH HATI

Raya ke 10 hari tu sya berkesempatan la menziarah sanak-saudara yang tak sempat ziarah sebelum ni,dan sekaligus menunaikan tanggungjawab sya memberi bantuan pada golongan yang memerlukan.

Dan sya berkesempatan pergi seorang insan yang istimewa ni,dulu dia pernah mengajar anak-anak kampung mengaji Alquran dan suaranya sangatlah merdu,sekarang ni dia dah tak sekuat dan segagah sebelum ni.dia dah tak ingat sesiapa dah,memang sedih dan sayu jer hati bila melihat keadaan dirinya.

Kini dia tinggal berdua sahaja bersama isterinya,anak-anak langsung tak pedulikan dia,memang sedih.
cer tengok,insan ini la yang dulunya mengajar anak-anak kampung ngaji,mengajar ilmu agama.sekarang ni dah tak kuat lagi dan dah tak ingat sesiapa.sya panggil dia tok wa.

ini lah keadaan kediaman mereka yang tinggal berdua sahaja,sangat sedih hingga menimbulkan keinsafan dalam diri sya,semoga dua insan ini tabah mengharungi hidup,tanpa di kelilingi anak-anak


betapa sya insaf melihat keadaan mereka dan berjanji sebagai seorang anak,sya tak akan buat begitu pada kedua ibu bapa dan mertua sya,sangat-sangat sedih,huhu membiarkan ibu bapa dalam keadaan sedemikian.

5 comments:

ZianaRazali said...

memang pilunya tengok ibu bapa yang diabaikan anak2 mereka..sampainya hati..semoga dalam hati kita sentiasa ada ihsan untuk ibu bapa kita yang melahirkan dan menjaga sejak kecil..huhu..sedih.

WuMing said...

Ya.. kita tak patut buat mcam ni kat ibu bapa kita..

Dulu mereka sanggup korbankan apa saja demi kita...
Kita juga kena sanggup

Dilla Ady said...

lama tak jengah sini..slamat ari raye sya!

iskhh..sampai ati anak2 pakcik ni tak amik berat kebajikan mak ayah die ni ye..sayu tgk keadaan diorang..

emarieys said...

seorang ibu atau bapa sanggup menjaga anak ramai...tp seorang anak belum tentu dpt menjaga ibu bapanya yang seorang

Myra Jay said...

Memang sedih kan bila tengok cenggini..

Harap kita semua menjadi anak yang soleh yg dapat menjaga ibu bapa sehingga akhir hayat mereka.. amin