Wednesday, August 10, 2011

PAPRIK AYAM RINGKAS

Picture pagi tadi bukan nak tayang benda makan tau tapi sya nak berkongsi resepi kat sini.

ayam paprik ringkas

bahan-bahan
4 ketul ayam di potong kecil
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 tangkai cili kering
1 cawan air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
2 helai daun limau purut
sedikit lobak merah
sedikit kacang panjang
sedikit brokoli

cara menyedia
-goreng ayam separuh masak-ketepikan
-tumis bawang putih,bawang besar dan cili kering,biarkan sebentar hingga masak.
-masukkan sos tiram,garam,gula dan air kacau rata.
-masukkan ayam yang telah di goreng tadi dan setelah kuah hampir pekat masukkan daun limau purut serta sayuran.
-kacau rata dan sedia di hidangkan

11 comments:

  1. terus abah copy and paste dlm word dan print leh try ni..menarik ni..nk cuba sabtu nanti. InsyaAllah kalau jd..hehehhe

    ReplyDelete
  2. cheqna suka paprik...
    sangat suka =)

    ReplyDelete
  3. cam mudah je buat paprik ni.. boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  4. paprik mmg pilihan terbaik! sbb bley campur2 gak dgn benda lain jadi paprik campur hehe

    ReplyDelete
  5. Baca resepi pun dah terliur dah... Tq..

    ReplyDelete
  6. nyum3 nanti nak cuba juga resipi ni. hehe

    ReplyDelete
  7. nyum.. nyum... nak try jugak la... lain sikit dr yg biasa saya buat.. :D

    ReplyDelete