Friday, August 12, 2011

KELEBIHAN BERPUASA

Puasa mendekatkan diri dengan Allah:
Allah berfirman :
Maksudnya: “Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar” [Al-Ahzab: 35]

Puasa mengawal syahawat:
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Wahai pemuda-pemuda! Barang sesiapa antara kamu berkemampuan, maka berkahwinlah, kerana pernikahan itu menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan, dan barang sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah perisai (memutuskan syahawat)” [HR Al-Bukhari: 5065]

Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka:
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari di jalan Allah, kecuali Allah akan menjauhkan dia (kerana puasanya) dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” [HR Al-Bukhari: 2840,]

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Puasa adalah perisai, di mana seorang hamba itu berperisai dengannya dari api neraka” [HR Ahmad: 15299]

Puasa menjanjikan syurga:
Dari Abi Umamah, beliau berkata:
Maksudnya : Wahai Rasulullah! Tunjukkan kepadaku, amalan yang boleh membawaku kepada syurga, Nabi SAW bersabda: “Ke atasmu puasa, tidak ada amalan yang sama dengannya” [HR Annasa'i: 2220]

8 comments:

Myra Jay said...

terima kasih kak berkongsi :)

NM02 said...

puasa juga menghabiskan duit di PARAM

Acik said...

banyak perkongsian ilmu di hari jumaat!
alhamdulillah!
terima kasih!

abah khalisha said...

Selain itu puasa ni juga merehatkan perut dan cuci perut..asyik bekerja hadamkan makanan je..tp..time berbuka melantak kaw-kaw..cian perut

Unknown said...

berpuasa itu byk kelebihannya

Ardini Humaira said...

:) semoga ramadhan kali ni membawa lebih keberkatan drp ramadhan2 sebelumnya, amin

eB said...

tq, sharing is caring :)

Wuming said...

Wah...banyak juga kan..