Bila petang jer nak dekat aktu berbuka puasa mesti berpusu-pusu orang ke pasar ramadhan,nak beli juadah kan,jom tengok tip berbelanja di pasar ramadhan agar kita tak tersasar dari berbelanja lebih.
-Jangan mudah terpedaya dengan hidangan atau juadah yang kelihatan cantik dan menarik kerana takut rasanya tak sesedap mana.
-biarpun murah juadah yang di jual,pilih juadah yang dapat mengenyangkan anda.
-Elakkan membeli makanan mengikut nafsu lapar ketika itu,membeli dengan berlebihan akan menyebabkan pembaziran.
-Pastikan juadah yang hendak di beli benar-benar bersih dan baik dari segi aspek penyediaan dan persekitaran.
-Beli juadah berbuka awal waktu,jangan tunggu waktu hampir berbuka,nanti anda kan kelam kabut.
-Gunakan bahasa yang sopan ketika meminta juadah dari penjual jangan meninggi suara.
selamat menunaikan ibadah puasa,